Jerawat ketika period memang normal, tetapi bukan bermakna kita tidak boleh kawal. Dengan sedikit perubahan dalam rutin penjagaan kulit, pemakanan dan gaya hidup, kulit kita boleh kekal bersih dan sihat sepanjang bulan, termasuk ketika datang bulan!
Kitaran haid bukan sekadar perubahan emosi atau kekejangan perut, kulit juga terkena tempiasnya. Jerawat hormonal sering menjengah beberapa hari sebelum period, ditambah pula dengan stres, kurang tidur atau pengambilan gula berlebihan semuanya menjadi ‘resepi’ sempurna untuk breakout yang menyakitkan.
Tapi jangan risau, EH! ada penyelesaiannya. Dengan rutin yang tepat dan sedikit penyesuaian sepanjang kitaran haid, anda boleh kekalkan kulit bersih, tenang dan bebas jerawat walaupun ketika hormon anda sedang ‘berpesta’.
1. Kenali Kulit Anda
Kulit mengalami perubahan mengikut fasa kitaran haid. Seminggu sebelum haid, hormon progesteron meningkat dan ini menggalakkan pengeluaran sebum berlebihan. Kulit akan menjadi lebih berminyak, risiko untuk pori tersumbat dan jerawat naik. Jadi, minggu ini adalah masa untuk fokus pada deep cleansing dan kawalan minyak.
2. Rutin Pembersihan Yang Lebih Teliti
Jangan malas cuci muka dua kali sehari. Pilih pencuci muka yang mengandungi salicylic acid atau tea tree oil. Dua bahan ini mampi mengawal pertumbuhan jerawat tanpa mengeringkan kulit. Elak produk terlalu kasar atau skrub kuat ketika period kerana kulit lebih sensitif waktu ini.
3. Kurangkan Makanan Berminyak dan Bergula
Cravings manis dan makanan fast food semasa period antara punca utama. Gula berlebihan boleh meningkatkan keradangan dalam badan dan ini menjadikan jerawat lebih mudah muncul. Kawal pengambilan makanan ini dan lebihkan buah-buahan, sayur hijau dan air kosong sekurang-kurangnya 2 L sehari.
4. Rajin Pakai Clay Mask
Seminggu sebelum haid, biasakan diri dengan memakai clay mask 2-3 kali seminggu. Masker berasaskan tanah liat seperti kaolin atau bentonite sangat bagus untuk menyerap minyak berlebihan dan mengecilkan pori. Tambahan ia juga memberikan rasa sejuk dan nyaman bila mood swing datang menyerang.
5. Gunakan Spot Treatment Bila Perlu
Jika terasa jerawat ingin muncul, cepat-cepat gunakan spot treatment seperti benzoyl peroxide atau niacinamide. Jangan picit jerawat! anda hanya akan tinggalkan parut yang lebih susah dihilangkan sahaja nanti Mika anda memicitnya.
6. Suplemen Yang Sesuai
Suplemen zinc, omega-3 atau evening primrose oil boleh membantu menyeimbangkan hormon dan mengurangkan jerawat. Tetapi pastikan anda mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum sebelum mula mengambil apa-apa suplemen.
7. Jangan Abaikan Tidur dan Kawal Stress
Tidur yang cukup dan emosi yang stabil memainkan peranan yang besar pada kulit kita. Bila stress, hormon kortisol meningkat dan ini boleh menyebabkan jerawat makin cepat timbuh. Cuba teknik relaksasi seperti aromaterapi, journaling atau sekadar berjalan santai di waktu pagi untuk mengawal stress anda.
Artikel Berkaitan: Skincare Bawah RM50, Ini Yang Patut Ada Dalam Rutin ‘Beginner’