Berlangsung selama tiga hari, EH! Beauty Truck x YSL mendapat sambutan yang hangat daripada pelajar dan warga Universiti! Bukan sekadar menyelami dunia kecantikan semata, mereka juga berpeluang memenangi hadiah menarik.
Menyambut ulang tahun EH! yang ke-25 tahun ini, kami berkolaborasi bersama YSL Beauty untuk Beauty Truck, mengunjungi Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pilihan yang telah berlangsung dari 23 Julai sehingga 25 Julai 2024.
Pelajar dan warga universiti bukan sahaja dapat menyelami dunia kecantikan bersama YSL, mereka juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Selain itu, para selebriti dan pempengaruh digital hadir menyerikan acara ini bersama kami, berkongsi tip dan trik tentang kecantikan.
Kami cukup teruja apabila EH! Beauty Truck berkolaborasi bersama YSL Beauty kerana kami tahu, pelajar-pelajar ini pasti akan berminat untuk selami dunia kecantikan bersama. YSL kali ini mempamerkan produk ikonik mereka, LOVESHINE yang hadir dengan rona baharu.
Pelajar-pelajar dapat mencubanya sendiri dan paling mengujakan, mereka dapat membawa pulang sample daripada YSL Beauty! Bukan sekadar itu, mereka juga berpeluang untuk membawa pulang kopi HWC dan juga baucar pembelian jenama itu.
Perjalanan truck berona merah jambu, yang merupakan warna rasmi EH!, kelihatan berlegar-legar di jalan raya sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, sedang menuju ke univerisiti-universiti pilihan.
Destinasi pertama EH! Beauty Truck menapak di SEGi University bersama kehadiran Nia Atasha untukperkongsian pengalaman dan pelbagai tip menjadi seorang content creator. Kemudian meneruskan perjalanan ke Taylor’s Lakeside Campus juga bersama Nia dan akhir sekali kami ke UCSI University bersama Alisha Ho dan Jack Ghor.
Pelbagai aktivasi yang menarik ditawarkan antaranya Spin the Wheel, Eksplorasi Kecantikan Bersama YSL Beauty, Pose! Di Muka Depan Terbaik EH!, Mesin Gashapon, Dapatkan Kopi HWC Anda dan Dapatkan Beg Kosmetik EH! 25.