Schwarzkopf Professional OSiS+ Velvet menggantikan penyembur rambut ikonik sebelum ini yang sering sahaja menjadi pilihan pendandan profesional, dan yang baru ini juga terus dipilih sebagai Produk Penggayaan Rambut Pilihan.
Tiada lagi produk penggayaan yang buat rambut keras kejung ala zaman 60-an, langsung tidak bergerak walaupun dilanda taufan. Sekarang kita mahukan yang bukan sahaja membantu dalam pengayaan rambut tetapi juga memberikan efek natural, selamat dan menyihatkan rambut dan tidak membahayakan kesihatan. Kerana itulah Schwarzkopf Professional OSiS+ Velvet menjadi pilihan Eh! dan seharusnya pilihan anda juga.
Tahun 2023 menampilkan OSiS+ Velvet yang diperbaharui bukan sahaja dengan botol baru yang boleh dikitar semula tetapi juga formula vegan yang dipertingkatkan demi memastikan kesihatan rambut tidak terabai dalam kita mencipta pelbagai rambut. Velvet adalah hairspray dengan efek wax untuk penggayaan ringan, memberi hasil gaya rambut dengan definisi lembut dan berkilat semula jadi. Kerana ia tidak mengeraskan rambut, anda boleh re-style rambut anda pada bila-bila masa. Tiada langsung kesan melekit atau berminyak, semburannya halus malah efek wax nya juga ringan dan tidak membebankan rambut.
So macamana nak guna? Menariknya Schwarzkopf Professional OSiS+ Velvet, ia boleh digunakan pada rambut kering untuk tekstur yang boleh anda ubah dan gayakan semula. Apabila digunakan pada rambut lembap ia memberi hasil gaya rambut yang lebih kemas dan sleek.
Jadi jika anda jenis yang sukakan gaya, tekstur serta kilauan rambut yang natural, Schwarzkopf Professional OSiS+ Velvet adalah pilihan yang bijak. Malah sewaktu penggambaran EH! Top 20 baru-baru ini, spray rambut inilah yang menjadi produk utama menyiapkan rambut barisan selebriti EH! Top 20. Kami dah uji kehebatannya, kini tiba masa anda pula!
Schwarzkopf Professional OSiS+ Velvet Kini boleh didapati di rakan salon Schwarzkopf Professional dan juga secara dalam talian di
LAZADA
dan
SHOPEE
Maklumat lanjut tentang Schwarzkopf Professional OSiS+ Velvet ada di pautan
INI