Gucci Beauty menampilkan produk baharu, Blush De Beauté dengan formula yang boleh disesuaikan untuk semua jenis kulit dengan serbuk yang padat, berpigmentasikan tekstur licin dan ultra nipis di wajah.
Gucci Beauty menampilkan sisi kelainan pada pemerah pipi yang diformulasi serbuk tekan kemasan matte, yang memudahkan ia untuk meresap kepada wajah anda selama sehari! Mmpunyai pilihan warna pemerah pipi yang berbeza, enam warna yang terdiri daripada merah jambu kepada pic sehingga kepada warna beri ini pastinya menjadi dambaan setiap wanita untuk milikinya didalam beg!
Ditaburi dengan wangian ringan peony dan freesia, Gucci Beauty menjelaskan bahawa pemerah pipi ini telah diuji secara dermatologi dan selamat untuk digunakan pada mata anda juga sebagai pembayang mata. Two in one!
Pembungkusan pemerah pipi yang unik vintaj ini dihiasi dengn warna merah jambu pastel yang diliputi dalam corak bintang timbul. Ia pasti akan menjadi koleksi tambahan yang comel pada beg solek anda.
Dirakam oleh Oliver Hadlee Pearch, beliau menyempenakan kempen ini dengan tanda pagar, “Don’t Rush, Just Blush” dengan intim keinginan ingin membawa kembali ritual kecantikan kepada wanita anggun yang berani dalam mengekspresikan kreativiti mereka sendiri dengan cara yang tidak dijangka.
Diselit dengan kemasan lilin emolien yang bertekstur licin, mampu menghasilkan warna yang dinamik pada wajah dan tahan lama. Setiap sapuan Gucci Blush De Beauté memberikan keselesaan kepada si pemakai, seketika penjagaan diri ini membantu membina kembali kulit tampak kembali berseri.
Didapati Gucci Blush De Beauté (61g) di kedai Gucci Beauty, Sephora dan peruncit terpilih pada harga RM213.
Artikel berkaitan: Gucci Flora Fantasy Penyeri Hari Amelia, Rose & Ally Mukhriz