Sedang berdansa, sekali sepasang mata tertumpu pada kulit berkerak lagi berdaki anda, malu bukan! Semak skrub badan terbaik wajib miliki.
Ramai sebenarnya masih memandang remeh hal penjagaan kebersihan tubuh badan. Lagi-lagi di sesetengah tempat yang susah untuk dicapai. Jika anda mulakan rutin ini, percayalah anda akan terus melaksananya tanpa rasa terpaksa. Skrub badan bukan sahaja buat kulit bersih, putih dan lembut malah bagus untuk awet muda kulit badan.
EH! Membariskan produk skrub wajib dimiliki dan bagaimana kegunaannya.
DRUNK ELEPHANT SUGARED KOFFIE ALMOND MILK BODY SCRUB
Manjakan badan dengan #KoffieBreak oleh Drunk Elephant yang menampilkan skrub badan terbaru Sugared Koffie Almond Milk kaya dengan bahan anti-oksida biji kopi yang telah dipanggang sehingga menjadi serbuk, passionfruit dan minyak tumbuhan. Sudah tentu Almond Milk bagi melengkapi proses untuk melembapkan dan mencerahkan kulit badan. Sugared Koffie Almond Milk Body Scrub ini mudah dibersihkan setelah pengunaan. Dan juga membuang sel kulit mati dry spots tanpa merosakan permukaan kulit sensitif. Jangan risau setiap kandungan adalah 100% minyak esensi, Vegan dan Cruelty-Free.
Cara pengunaan : Skop dengan kuantiti diinginkan dan gosok pada permukaan kulit lembap. Bersih dan keringkan. Elakkan bahagian mata dan jangan cuba untuk minum kerana aromanya cukup menyelerakan!