Rare Beauty Positive Light Under Eye Brightener
“Saya cipta produk ini kerana saya mahukan sesuatu yang cepat dan berkesan untuk menyamar lingkaran gelap bawah mata khususnya pada hari yang saya tak mengenakan mekap. Jika anda mahu menggunakan hanya satu produk di bawah mata, inilah dia,” kata Selena Gomez.
Produk ini bagi anda yang mahukan efek no makeup-makeup, yang bersifat semula jadi dalam menutupi lingkaran gelap bawah mata sekaligus membuatkan mata tampil segar. Teksturnya ringan membuatkan ia tidak bercapuk mahupun meninggalkan kesan bergaris-garis selepas diratakan. Bahan seperti peoni putih dan vitami E membuatkan kawasan bawah mata kekal hidrat. Ada enam warna semuanya, pilihlah mana yang padan dengan ton kulit anda. Klik SINI untuk membeli!