Pat McGrath Labs Mothership X Moonlit Seduction
Memandangkan Pat McGrath itu sendiri adalah ikon dalam dunia solekan dan menjadi idola ramai penggila solekan jadi tidak harianlah jika palet matanya sering sahaja mengisi kit mekap mana-mana jurusolek profesional. Sewaktu melihat demonstrasi solekan di kaunter Pat McGrath Labs, saya cukup tertarik bagaimana lapisan warna boleh mencipta pelbagai gaya dan stail solekan mata. Apa yang anda perlukan hanyalah kreativiti dan keberanian untuk menerokai ilham merias mata. Dibarisi dengan 10 buah warna, setiap warna ini tidak semestinya mempunyai kemasan yang sama.