“STRIP Malaysia amat berbangga kerana dapat meraikan ulang tahun ke-16 kami, satu kejayaan penting untuk dicapai walaupun kami semua melalui masa yang sungguh mencabar selama dua tahun yang lalu. Pada masa pembukaan stor STRIP Malaysia pertama pada Julai 2006, yang juga merupakan cawangan STRIP pertama di luar Singapura, perusahaan perkhidmatan penyingkiran rambut di sini hampir tidak wujud. Oleh itu, penubuhan sebuah salun kecantikan yang berdedikasi sepenuhnya dalam rawatan penyingkiran rambut pada masa itu, adalah langkah berani.” kongsi Puan Pua Lee Lan, Pengarah Urusan, STRIP Ministry of Waxing, Malaysia.
“Ia sesungguhnya mengujakan untuk meraikan ulang tahun ini kerana masa depan perkhidmatan kami dalam penjagaan intim premium dan sempurna terus kelihatan cerah. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami, dari dulu hingga kini, atas kepercayaan mereka yang teguh kepada kami.”
Tahun ke-16 ini adalah satu dorongan gembira dan STRIP menjemput semua pelanggan serta mereka yang inginkan pengenalan kepada pengalaman STRIP. Tawaran peluang yang dibariskan adalah kepelbagaian. Spin-The-Wheel diaturkan dengan mudah secara dalam talian dan memberi peluang untuk memenangi rawatan percuma, diskaun sehingga 80%, serta harga terendah untuk menebus rawatan. Sempena tahun ke-16 ini, pada tarikh 16 pada bulan Julai, Ogos dan September, tawaran harga yang khusus untuk satu hari akan didapati di semua salun STRIP, dan ini akan diumumkan di ruang dalam talian STRIP sebelum tarikh tersebut.
Hadiah yang pastinya paling diidamkan adalah rawatan Wax Brazilian atau Boyzilian percuma sepanjang satu tahun untuk tiga pemenang. Dengan pembelian jumlah tertentu bulan ini, penyertaan ke Cabutan Bertuah Ke-16 akan memberi peluang untuk memenangi hadiah ini. Cabutan akan dibuat pada awal bulan Oktober. Ini hanyalah sebahagian daripada ganjaran dan hadiah bernilai lebih RM750,000 sempena perayaan ulang tahun, yang menanti mereka yang bermotivasi untuk menikmati kelebihan kepakaran STRIP.
Untuk tahun ke-16 ini, STRIP menawarkan harga istimewa RM16 untuk satu rawatan Waxing ‘a la carte’ dengan pembelian minima tertentu. Sah sehingga 30 September, di mana-mana cawangan STRIP Malaysia.
Semua tawaran ganjaran tertakluk kepada terma dan syarat. Ikuti facebook dan instagram untuk sentiasa dimaklumkan tentang tawaran ulang tahun ke-16 yang sedang berlangsung. Layari web STRIP untuk mengetahui lebih lanjut tentang rawatan dan produk STRIP. Cawangan STRIP berada di Bangsar Village II, The Curve, Sunway Pyramid, Solaris, Suria KLCC, Mid Valley, Avenue K, Gurney Paragon dan Arkadia.
Baca: Glow Up Bersama Eucerin Spotless Brightening Crystal Booster Serum