Krim tabir suria atau sunscreen adalah produk terakhirnya yang perlu anda sapu dalam rejim penjagaan kulit wajah setiap hari. Selagi tidak dilindungi dengan krim ini, tidak lengkaplah rejim penjagaan anda.
Setiap hari kulit kita terdedah kepada elemen-elemen yang boleh menjadi punca kepada kerosakn kulit yang akhirnya menyebabkan berlakunya beberapa jenis masalah kulit. Kulit yang terdedah kepada pencemaran dan cahaya UV akan meningkatkan lagi potensi kulit berhadapan dengan masalah pigmentasi dan penuaan lebih cepat. Jika dulu apa yang majoriti dari kita faham kulit hanya perlu dilindungi dari cahaya matahari sahaja, namun gaya hidup hari Ini memerlukan kita melindungi kulit walaupun berada di dalam rumah. Blue light yangd atang dari Cahaya alat elektronik juga boleh memberi kesan kepada kulit.
Pemilihan krim tabir Suria yang bagus sangat Penting, pilih bukan Sahaja yang berkualiti dalam melindingui kulit malah pilihlah yang sesuai dengan jenis kulit. Terdapat banyak jenis dan formula di pasaran, dan bila banyak adakalanya boleh jadi mengelirukan. EH! bariskan ciri-ciri yang perlu anda pertimbangkan dalam memilih krim tabir suria.
Pastikan ia ‘broad spectrum’
Perhatikan pada label bungkusan, pastikan ada ‘broad spectrum’ demi memastikan SPF yang terkandung mampu bertindak melindungi kulit daripada kerosakan sinar UVA dan UVB. Sinar UVA biasanya menjadi salah satu faktor kepada kesan penuaan dan manakala sinar UVB pula membuat kulit ‘terbakar’ dan adakalanya boleh menjadi punca kepada kanser kulit. Pakar mencadangkan kita menggunakan krim tabir Suria dengan kandungan SPF minimum 30.
Pilihlah Yang Kalis Air
Sebaiknya Belilah krim tabir Suria yang kalis air (pastikan pada bekasnya tertera ‘water resistance’) kerana ia penting untuk memastikan krim tabir Suria anda kekal melindungi kulit walaupun anda terjun ke kolam ataupun mandi laut, atau paling tidak pun masih kekal di kulit saat anda berpeluh sewaktu bersukan. Pakar mencadangkan kita menggunakan krip tabir suria SPF 50 ke atas untuk aktiviti luar seperti berjemur di pantai.
Pilih Formula dan Tekstur
Di pasaran terdapat banyak pilihan, produk pelindung matahari ada yang muncul dalam bentuk stik, semburan dan krim atau loesen. Paling bagus ialah tekstur losen kerana lebih mudah untuk memastikan sapuan rata berbanding semburan yang selalunya membuatkan semburan tidak sekata dan rata. Jika anda memiliki kulit sensitif atau berjerawat, pakar kulit mencadangkan anda memilih mineral sunscreens. Manakala bagi anda yang memiliki kulit yang kering, terkstur krim lebih sesuai. Biasanya jenis krim dan losen akan tahan lebih lama berbanding jenis semburan.
CLARINS UV PLUS (5P) Anti-Pollution
Clarins memperkenalkan krim tabir surianya terbaharu yang dicipta dengan formula untuk melindungi kulit menerusi lima dimensi. Ia melindungi kulit dari vahaya biru (blue light) yang mana kerosakan kulit boleh berpunca dari cahaya alat elektronik seperti skrin telefon, skrin digital dan juga cahaya LED.
Krim ini juga melindungi kulit dari photo-pollution yang mana ia Adalah kombinasi airbone pollution dan kesan kepada cahaya UV, pencemaran di dalam rumah seperti kesan daripada isi barang di dalam kediaman seperti wax dan varnis. Ia juga melindungi kulit dari pollen polution yakni alergi yang datang daripada pohon-pohon dan rumpiut misalnya, dan ia juga melindungi kulit daripada pencemaran udara termasuk cecair dan partikel di udara.
Artikel Berkaitan: Hugh Jackman Kembali Menghidap Masalah Kanser Kulit