Rahsia solekan yang sempurna bermula dari asasnya, dan itu bukan merujuk kepada bedak asas semata, tapi perlu ada primer juga sebagai penyempurnanya.
Orang selalu bertanya mengapa riasan mereka tampak biasa berbanding solekan yang dilakukan oleh jemari profesional. Rahsianya terletak pada langkah penyediaan kulit dan asas solekan. Jurusolek profesional memang mengambil masa yang agak lama untuk menyediakan wajah sebelum langkah solekan lain dimulakan. Dan salah satu langkah penyediaan penting ialah penggunaan primer, yakni sebelum menyapu bedak asas.
EH! kongsikan tiga primer terbaru yang akan merubah efek dan penampilan solekan anda.
Hourglass Vanish Airbrush Primer
Ini salah satu primer terbaru yangs aya percaya yang akan menjadi kesukaan ramai wanita serta jurusolek profesional. Ia menyediakan kulti sebelum apa-apa langkah solekan dimulakan. Selapis sapuannya sudah nampak perubahan pada kanvas kulit. Tiada warna, jernih dan primer ini memulus, mengawal minyak dan memberi efek samar-samar pada ketidaksempurnaan tekstur kulit.
Hourglass Vanish Airbrush Primer ini teksturnya sangat ringan, dan disempurnakan dengan formula bedak microspherical yang membolehkan primer pelbagai fungsi ini menyerap lebihan minyak, mengecilkan pori serta mengaburi garis-garis halus. Primer inilah yang anda perlukan sebelum sebarang aplikasi bedak asas mahupun bedak. Solekan juga tahan lebih lama dengannya.
Boleh dapatkan di SINI!