Smashbox Photo Finish Silkscreen Primers
Smashbox tampil dengan primer terbaru, bukan satu atau dua, tetapi mereka hadirkan empat primer untuk disesuaikan dengan efek yang anda mahu atau berpandukan keperluan kulit anda.
Smashbox Photo Finish Silkscreen Primer bukan hanya dicipta untuk membuatkan solekan lebih sempurna tetapi ia punya formula yang bertindak sebagai pelindung buat kulit. Diserap dengan menggunakan Silkscreen Compley yang inovatif, tekstur primer ini membuatkan kulit masih terus bernafas, pori tidak tersumbat, memulus tekstur kulit dan juga memperkuatkan kulit untuk menentang kerosakan yang disebabkan oleh pencemaran. Ia juga memberi perlindungan pada kulit yang terdedah kepada cahaya biru (cahaya skrin telefon dan komputer misalnya).
Empat primer Smashbox ini dicipta untuk menyamarkan kulit yang kemerahan (Anti-Redness Primer), menghidratkan kulit (Hydrating Primer), menaikkan seri dan membuat kulit bercahaya (Glow Primer). Bagi kulit yang berminyak boleh mencuba Mattifying Primer, ia bagus untuk membuatkan kulit tampak lebih pusam.