Estée Lauder hadir dengan produk kecantikan baharu, Supreme+ Night Power Bounce Creme. Dengan teknologi CollaNight-8TM, ia dapat membaiki kekuatan kolagen semasa anda tidur pada waktu malam.
Estée Lauder, jenama kecantikan dari Amerika Syarikat memanfaatkan 40 tahun kepakaran dalam pembaikan waktu malam dan 30 tahun penyelidikan kolagen dengan menawarkan perubahan menyegarkan, Supreme+ Night Power Bounce Cream.
Menggunakan teknologi CollaNight-8TM, ia dapat membaiki kolagen pada kulit semasa anda tidur dan dapat meningkatkan lantunan kulit justeru mengurangkan garis jelas dilihat.
Dengan sekali penggunaan, kulit akan semakin gebu dan sangat terhidrat sehingga pagi dan berterusan seharian. Lama-kelamaan kulit akan terasa lebih tegang dan kelihatan lebih terangkat. Kedutan dan garis leher juga akan berkurangan.
Setiap aplikasi akan memberikan pengalaman yang memanjakan kerana tekstur sangat ringan menyerapi kulit membuatkan anda tidur lena tanpa terasa berat pada wajah.. seperti di awang-awangan!
Untuk pengetahuan anda, kulit kita bertindak secara berbeza pada waktu malam. Ia kehilangan lebih banyak kelembapan berbanding pada waktu siang dan mengalami tahap kerengsaan merosakkan kolagen lebih tinggi yang boleh melemahkan rangkaian kolagen kulit dan apabila tahap kolagen mula menurun, tanda-tanda penuaanpun mula muncul.
Penyelidikan Estée Lauder telah menunjukkan bahawa pengeluaran kolagen semulajadi kulit memuncak pada waktu malam. Untuk menyokong irama semula jadi ini
dan memaksimumkan masa pemulihan kulit, Estée Lauder mencipta teknologi CollaNight-8™, ditemui secara eksklusif di New Night Power Bounce Creme.
Ramuan utama dalam CollaNight-8™ menguatkan tiga jenis kolagen, ia memberikan 10X boost3 Kolagen-I, jenis yang paling banyak, dan meningkatkan Kolagen-III dan Kolagen-V, yang penting untuk keseluruhan struktur matriks kolagen.
Tidak kira umur, anda boleh cuba sendiri dan lihat hasilnya pada kulit. Dapatkan Supreme+ Night Power Bounce Cream dengan harga RM660 di sini, atau stor Estée Lauder dan Sephora berhampiran anda!