Gincu Berona Gelap
Rona bibir gelap merupakan trend yang dinanti-nantikan pada musim spring akan datang. Hanya yang berani sahaja akan berminat dengan trend ini. Tapi apa salahnya jika mencuba rona gelap ini yang lain daripada harian anda. Lupakan rona merah jambu seketika dan katakan ya pada rona hitam dan burgundy!