Hari ini, PKP sudah dijalankan lebih dua minggu dan hal ini membuatkan ramai dari kita sudah jadi lebih berdikari di rumah, namun ada satu isu yang jadi masalah ramai, bagaimana mahu potong rambut jika kebanyakan salon semua ditutup?
Mendapatkan servis pemotongan rambut pada ketika ini bukalah jadi satu perkara yang mudah, walaupun bukan satu perkara yang penting namun EH! percaya hal ini jadi salah satu masalah buat ramai wanita dan lelaki di luar sana. Knowing how desperate we are at this moment, kami di EH! dekati celebrity hairstylist Miedy Daniel yang sering dilihat mencantikan rambut ramai selebriti tanah air ini untuk kongsikan antara cara-cara potongan rambut minimal dan ringkas supaya anda boleh kemaskan rambut anda sendiri di rumah secara VIRTUAL! (Jika anda tidak yakin untuk mencuba, kami tidak sarankannya)
Apakah perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum memotong rambut sendiri di rumah?
Sudah tentu perlu cuci dan gunakan perapi pada rambut, ini akan membuat rambut lebih terurus dan tidak kusut untuk di trim nanti.