Memakai Coli Ketika Tidur
Terdapat banyak perkara yang negatif tentang sikap memakai coli ketika tidur ini. Elakkan memakai coli pada waktu tidur kerana ia akan menyekat saluran darah ke payudara dan kawasan sekitarnya, yang boleh menyebabkan sakit lengan atau kebas. Selain itu, benda asingan kecil seperti cangkuk, renda atau bahagian lain boleh bergesel, meninggalkan garisan sensitif pada kulit boleh menyebabkan kerengsaan dan ruam yang teruk. Secara tidak langsung ia akan membuatkan kulit menjadi gelap dan kelihatan sakit jika ia berada di bawah tekanan berterusan.