Setiap wanita mempunyai undertone yang berbeza dan dengan mengenali sama ada kamu ‘warm’ atau ‘cool’ akan membantu kamu untuk memilih warna bedak dengan lebih tepat!
Gambar: Pinterest
Warm – Wanita yang mempunyai ton warna warm ini selalunya mempunyai warna kulit yang lebih matang dan keemasan oleh itu warna yang sesuai untuknya adalah warna-warna panas seperti merah, kuning, oren, coklat dan juga emas.
Cool – Bagi wanita yang mempunyai ton warna cool pula, kulitnya tampak lebih putih dan kadang-kala sedikit pucat. Warna yang sesuai untuk ton kulit ini adalah hijau, biru, ungu dan juga kelabu. Walaupun warna yang bersesuaian itu nampak sangat stagnant tetapi ia boleh menaikkan seri wajah seseorang itu dari sudut yang berbeza.
Bagaimana untuk mengetahui undertone kamu?
Caranya sangat mudah, kamu hanya perlu lihat di belakang tapak tangan kamu dan cari urat yang paling ketara. Jika urat kamu menonjol dengan warna hijau atau biru itu bermakna kamu adalah warm tone manakala jika urat kamu mempunyai warna ungu kebiru-biruan bermakna kamu adalah cool tone.
Gambar: redefiningthefaceofbeauty.com
Warna kulit dan undertone tidak mempunyai kaitan yang rapat kerana terdapat wanita yang berkulit lebih gelap seperti wanita Afrika dan wanita India mereka juga mempunyai ton yang berbeza. Contohnya seperti Beyonce (warm undertone) dan Oprah Winfrey (cool undertone), walaupun kedua-dua mereka ada wanita yang berasal dari etnik Afrika tetapi undertone mereka tetap berbeza.
Oleh itu, jika kamu ingin membeli koleksi alat solek yang baru, usah segan untuk bertanya tentang warna yang sesuai dengan undertone kamu kerana tampil cantik itu memerlukan usaha yang lebih. Hanya mention cool atau warm dan jurujual itu pasti berbesar hati untuk membantu kamu.