Oleh Izni Jalil
Gambar: stock.xchgn.com
Di kala duduk bersebelahan meluang masa senggang bersama suami tersayang, apa kata goda dia tanpa perlu terlalu banyak bicara mahupun gaya. Tips untuk buat dia gilakan anda sepanjang masa!
Perlahan dan misteri
Lelaki sememangnya suka rahsia dan misteri. Goda dia tanpa menunjukkan anda terlalu terdesak. Play it cool. Mereka suka berusaha untuk mendapat sesuatu yang terbaik.
Elak menjadi kelakar
Jika ingin lelaki terangsang dengan anda, elak membuat lawak kerana ia akan mengganggu proses godaan.
Berbicara dengan lembut
Suara romantis
Kawal suara anda untuk menjadi seromantis mungkin. Ton suara yang kuat menunjukkan sikap dominasi dan lelaki mudah terangsang dengan wanita yang bersuara manja dan lembut.
Cipta situasi kekok
Berpura-pura ingin mengambil barang bersebelahan dengannya membuatkan badan anda akan bertemu dengan badannya. Sentuhan bisa bangkit rasa sensual.