Gambar: stock.xchng
Hubungan baik antara anda dan teman-teman rapat sebenarnya boleh menyumbang kepada kesihatan anda. Bagaimana dan mengapa? EH! ada jawapannya.
Kurang Tekanan
Satu kajian yang dijalankan oleh Kolej Universiti London mendapati orang yang kesunyian mempunyai paras kortisol yang lebih tinggi berbanding orang yang mempunyai hubungan yang baik dengan teman-teman. Paras kortisol adalah satu cara untuk mengukur tahap tekanan atau stres seseorang.
Tidur Lebih Nyenyak
Satu kajian mini dalam sains psikologi yang dijalankan ke atas pelajar kolej mendapati mereka yang punya hubungan baik dengan kwan-kawan sekolej tidur lebih awal. Dan sememangnya kita maklum orang yang mempunyai tidur yang baik mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka orang yang mempunyai masalah tidur.
Tekanan Darah
Kajian juga mendapati mereka yang mempunyai hipertensi dan mempunyai hubungan baik orang sekeliling yakni keluarga dan teman baik mempunyai kebarangkalian tekanan darah mereka turun 14.4 point lebih rendah.