Siapa yang tak mahu kulit cantik dan halus mulus bukan?
EH! kongsikan di sini lima perkara yang bantu realisasi kulit sihat dan licin bak bayi.
1. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari
Kunci utama kulit halus mulus sebenarnya adalah tidur. Jangan persoalkan kenapa lingkaran bawah mata semakin teruk jika anda sendiri tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang dengan mendapatkan tidur yang cukup setiap hari.
2. Kurangkan pengambilan gula
Pengambilan gula yang berlebihan dan melampau boleh menyebabkan masalah berat badan meningkat naik dan ia sekali gus menyebabkan masalah kulit wajah melalui proses penuaan dengan lebih cepat berbanding usia.
3. Elak stres
Stres sebenarnya memang mendorong kepada impak negatif pada kesihatan tubuh. Bukan hanya menyebabkan masalah jerawat dan jegarat, malah juga menyebabkan seri wajah semakin hilang.
4. Lindungi kulit dari cahaya matahari
Meskipun cahaya matahari menyalurkan vitamin D buat kulit, tetapi ia juga boleh mengakibatkan kesan negatif seperti kanser kulit dan iritasi lain jika berlebihan.
5. Guna pelembap setiap hari
Pastikan kulit kekal lembap sentiasa kerana jika masalah kulit kering berlanjutan, ia akan menyebabkan masalah penuaan kulit berlaku awal.
Sumber : Glam.my