Oleh: Farhana Fuad
Gambar: vanillaessen.blogspot.com
Jika ada rakan atau famili yang bakal bertandang ke rumah hujung minggu ini, apa kata anda cuba hidangankan menu yang tidak lazim. Tidak salah untuk adakan sesi minum petang untuk rumah terbuka dengan menu tea party dan mungkin resipi kek lapis ini boleh anda sediakan untuk tambah dalam jamuan nanti.
Bahan-bahan:
- 450 gram mentega
- 120 gram tepung gandum (diayak)
- 220 gram gula halus
- 10 biji telur
- 100 gram tepung biskut Marie
- 65 gram serbuk Horlicks
- 50 gram serbuk santan
- 300 gram susu pekat manis
- 2 bungkus kepingan coklat Cadbury
- Pewarna kuning
Cara-cara:
- Sediakan loyang kek. Gunakan mentega untuk gris di bahagian dalam loyang.
- Di dalam mangkuk, adun mentega bersama gula sehingga kembang dan berkrim.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diadun perlahan menggunakan mesin pengadun.
- Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung gandung. Tuang susu pekat sedikit demi sedikit bersama santan. Adun hingga sebati.Masukkan pewarna kuning. Kacau sehingga rata.
- Ambil 5-7 sudu besar adunan tersebut dan ratakan ke dalam loyang. Bakar sehingga keperangan.
- Ulang semula lapisan dan susunkan keping coklat pada setiap tiga lapis.
- Sejukkan kek sebelum dipotong.
- Sedia untuk dihidang.