Selebriti Hollywood sememangnya terkenal dengan jenama mereka sendiri. Daripada pakaian, aksesori, kasut dan yang paling popular adalah minyak wangi, kesemua produk mereka sememangnya disokong seratus peratus oleh peminat di seluruh dunia.
AMY ADAMS PILIHAN EAU DE LACOSTE >>
YANG MANA SATU HARUMAN PILIHAN ANDA? >>
Terbaru, penyanyi yang juga merupakan pengkritik untuk program American Idol, Mariah Carey telah mengeluarkan minyak wangi terbarunya iaitu, Dreams. Wangian yang menggambarkan perjalanan hidup Mariah Carey ini disulami dengan bauan bunga-bungaan, karamel epal, vanila, kacang Tonka dan badam bakar ini sememangnya merupakan kombinasi aroma lembut yang sukar untuk dilupakan.
TIP KECANTIKAN NADIYA NISAA >>
HARUMAN SENSUAL DI KAMAR TIDUR BANTU KEHIDUPAN SEKSUAL ANDA >>
Rata-rata tahu Mariah seorang yang sukakan rama-rama. Jadi unsur unsure itu telah dimasukkan ke dalam rekaan botol minyak wangi ke dua belas di bawah namanya ini. Minyak wangi Dreams daripada Mariah Carey ini sudah mula terjual di kaunter Elizabeth Arden dengan harga RM225.00.