Pada awal tahun ini, pereka fesyen terkenal, Michael Kors telah mengumumkan kerjasamanya bersama United Nations World Food Programme untuk melawan krisis kelaparan di seluruh dunia. Di dalam usaha murni ini, Michael Kors telah bersetuju untuk mengutip jutaan ringgit di samping memberi kesedaran melalui fesyen.
JESSICA ALBA DUTA EARTH HOUR 2013 >>
Bukan sahaja dia telah merakamkan video perkhidmatan sosial untuk kempen ini, dia turut melancarkan dua jam tangan untuk lelaki dan wanita di bawah koleksi WATCH HUNGER STOP untuk menjayakan kempen ini.
DILAMUN ‘MIMPI’ MARIAH CAREY >>
Setiap satu jam yang terjual mampu memberikan makanan kepada 100 kanak-kanak di bawah program ini. Usaha murni Michael Kors ini turut disokong oleh pemenang Anugerah Academy, Halle Berry yang turut serta terlibat bersamanya untuk menjayakan program ini.