Mungkin ini adalah berita baik untuk wanita-wanita bujang di luar sana. Bekas pelakon radio, Ibrahim Othman, 83, menawarkan tanah berserta banglo kepada sesiapa yang sudi menjadi isterinya. Beliau mengambil keputusan untuk menamatkan zaman dudanya setelah tiga bulan mendiami Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia selepas menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
JUTAWAN AUTOMOTIF PILIHAN NEELOFA? >>
Gambar: Harian Metro
ANNE NGASRI TAMATKAN ZAMAN JANDA >>
Ibrahim yang popular dengan drama radio ‘Kebun Pak Awang’ menghidap penyakit saraf dan trauma, tidak dijemput oleh seorang pun anaknya ketika dibenarkan keluar dari hospital selepas mendapatkan rawatan. Atas persetujuannya, pihak hospital telah menghantarnya ke pusat penjagaan dan disebabkan itu, Ibrahim berhasrat untuk mengahwini mana-mana wanita, tidak kira berapa umurnya, wanita tempatan ataupun Indonesia, yang penting keikhlasan menjaganya yang sedang sakit. Sebagai habuan, Ibrahim akan mewasiatkan semua hartanya kepada bakal isteri.
KONTROVERSI MENGGONCANG HUBUNGAN SHILA & SHARNAAZ >>
Banglo lama dua tingkat kepunyaan Ibrahim itu telah disewa sejak beberapa tahun yang lalu namun urusan mengenai pembayaran sewa rumah diuruskan oleh anaknya. Cerita ini mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua – jangan sekali-kali melupakan ibubapa anda dan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi isteri bekas pelakon radio ini, lakukanlah dengan ikhlas dan bukan kerana harta yang ditawarkan.
LIYANA & FATHUDDIN SELAMAT DIIJABKABULKAN >>
Sumber: Harian Metro