Setelah kejayaan video muziknya untuk lagu Sparkle, Yuna sekali lagi berkolaborasi dengan Samsung untuk menghasilkan video muzik untuk single terbarunya yang berjudul Home. Kali ini Yuna turut menjemput peminatnya untuk menyumbangkan idea yang melambangkan Malaysia di dalam kempen Galaxy Wonderland anjuran Samsung.
Sebanyak 5000 penyertaan yang diterima dan akhirnya video muzik ala ‘Alice in Wonderland’ sudah pun siap di atas idea-idea yang dikongsi bersama-sama dengan peserta kempen Galaxy Wonderland. Elemen yang diterapkan adalah elemen yang menggambarkan budaya Malaysia seperti wayang kulit, congkak, laksamana Melaka dan banyak lagi unsur yang memperkenalkan ciri-ciri utama Malaysia kepada dunia hanya di dalam satu video muzik.
Yuna yang ditemui ketika pelancaran muzik video Home baru-baru ini, berkata, dia sangat bertuah kerana dipilih sekali lagi oleh Samsung untuk projek muzik videonya. Menurut Yuna, agak susah untuk pemuzik mengetepikan bajet yang besar khas untuk muzik video kerana bajet mereka lebih ditumpukan kepada penerbitan lagu dan album.
Paling menarik dalam muzik video ini adalah props yang digunakan. Yuna pada mulanya agak risau dengan props yang besar dan banyak kerana bimbang akan kelihatan janggal dan dia akan ditenggelami props di sekelilingnya. Namun, hasilnya terlalu memberangsangkan dan anda mungkin tidak akan percaya yang muzik video Home ini hanya mengambil satu take sahaja dengan menggunakan Samsung Galaxy Note II! Turut berkolaborasi dengan Yuna untuk lagu Home ini adalah gitaris yang tidak asing lagi AG Coco.
Untuk anda semua yang mahu melihat unsur-unsur sejarah serta budaya Malaysia dalam satu video muzik, jangan lupa untuk menyaksikan tayangan perdana video Home, pada 16 Februari di Astro Ria.
YUNA BERCINTA DENGAN MAT SALEH? >>