Di dalam dunia maya semuanya mustahil. Tambahan pula generasi kini tidak boleh berenggang dengan internet dan disebabkan itu, seorang bekas perunding, Jessica Wong telah menggunakan minatnya dalam bidang fesyen dan kemahiran di dalam suntingan grafik, untuk mencipta karakter patung model yang digelar Plasterdoll.
KENALI THE ‘IT’ GIRL EDIE CAMPBELL >>
Plasterdoll yang terdiri daripada tiga orang perempuan dan seorang lelaki dicipta sebagai karakter model yang bergaya dengan baju-baju berjenama dan mengamalkan gaya hidup seperti seorang supermodel sebenar di alam maya. Menurut Jessica, dia bercita-cita untuk membawa kesemua model alam mayanya ke peringkat antarabangsa. Apabila ditanya tentang keyakinannya dengan penerimaan orang ramai yang lebih menyukai model manusia, katanya, kini ramai yang gemarkan sesuatu yang baru dan segar. Dia sungguh yakin Plasterdoll ciptaannya akan pergi jauh.
TIRU GAYA VERSATIL BLAKE LIVELY >>
RAHSIA GAYA DIANDRA ARJUNAIDI >>
Plasterdoll yang pernah berkolaborasi dengan Sereni & Shentell dan butik Innai kini telah disunting oleh Intel untuk kempen ‘ultrabook’ mereka. Mensasarkan golongan muda yang moden, Plasterdoll bakal mengeluarkan produk sendiri seperti aksesori tidak lama lagi.