Mekar harum seperti namanya, Sharifah Rose kini bukan sekadar wajah cantik di layar kaca. Jika dulu, dia sering menjadi sasaran kritikan netizen kerana lakonannya yang dikatakan kaku melalui watak Hana Aralyn dalam drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard, kini kehadirannya diraikan, hasil kesungguhan lakonan yang berjaya memikat hati penonton. Gadis 26 tahun ini mungkin meraih populariti dalam masa yang singkat berbanding selebriti lain, namun Rose telah membuktikan dirinya bukan sekadar cantik semata, dia memiliki bakat yang kian menyerlah. Tidak hairanlah jika bakatnya diiktiraf apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Popular di Anugerah Telenovela. Dengan pesonaliti yang menawan, Rose membawa dimensi baharu ke dunia hiburan, menjadi inspirasi buat generasi muda untuk berani mengejar impian dan menggali potensi diri.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu
My unbotheredness. Ignorance is a bliss especially if you want to succeed in life. Focus on your goals and everything else is just noise.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar?
Sejujurnya saya berasa lebih tua dari usia saya. Saya rasa kerana saya mula berkecimpung dalam industri seni ini di usia yang muda dan kebanyakan kawan rapat saya juga lebih berusia daripada saya.
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Untuk mengekalkan gaya hidup sihat seperti pergi ke gim atau pilates atau apa-apa aktiviti luar. Rancangan ada tapi masa pula yang tiada.
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
A good morning drive, blasting Post Malone songs to set the mood for the day dan jurnal sebelum tidur.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah pilihan kamu?
Saya berharap yang saya akan kurang rasa insecure tentang diri saya dan menikmati kehidupan zaman remaja saya with more adventure. Saya sangat risau tentang masa depan saya, sehingga saya lupa untuk live in the moment pada ketika itu. Living life as an adult is so challenging.
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatkan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Bercuti ke seluruh dunia!
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Baca fikiran orang? Maybe! Saya ingin tahu apa yang orang fikirkan.
Apakah definisi ‘happy life’ bagi kamu?
Mempunyai banyak masa yang lapang dan tidak perlu risau tentang duit.
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika berusia 25 tahun?
Living my dreams. Saya dapat bekerja dengan jenama impian saya dan berpeluang bercuti ke destinasi/negara impian saya, Jepun.
Ucapan buat EH! sempena slang tahun ke-25
Selamat ulang tahun ke-25 EH! terima kasih kerana sentiasa featured saya dan be part of my growth. Saya harap EH! untuk sentiasa menyaksikan kejayaan saya dan menjadi sebahagian daripadanya.
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin | Penyelaras: Farah Ain, Erdina & Eqa Zulkifli | Fotografi: Aaron Lee (Lensworks Production) | Videografi: Jackie Mah, Simon, Syafiq, Zakwan & Azeem | Solekan: KF Bong (menggunakan Sephora Collection) | Penata Gaya Hijab: Nazlivingstyle
Artikel Berkaitan: #EHTOP25 Amelia Henderson