EH! Beauty Truck x KOSÉ mencipta keseronokan di empat buah universiti dengan sesi interaktif dan aktiviti menarik, diakhiri dengan suasana meriah yang meninggalkan kenangan manis dan tak terlupakan.
Selama empat hari dari 17,18 19 dan 22 Julai 2024, EH! Beauty Truck x KOSÉ telah mencipta suasana yang penuh keterujaan di kalangan pelajar dan warga universiti. Acara yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-25 EH! ini bukan hanya menawarkan peluang kepada pelajar untuk meneroka dunia kecantikan, tetapi juga memberikan pendedahan berharga tentang penjagaan kulit, melalui pengalaman langsung dengan produk KOSÉ. Pelajar tidak hanya berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik tetapi juga mendapat kesedaran penting mengenai cara menjaga dan memelihara kecantikan kulit mereka.
Kolaborasi bersejarah antara EH! dan KOSÉ Sekkisei telah membuka era dalam dunia majalah digital dan kecantikan. Dengan fokus pada kreativiti dan inovasi, acara ini memberikan peluang istimewa kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan produk-produk KOSÉ, termasuk produk popular mereka, KOSÉ Sekkisei UV Sunscreen yang direka untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB, menjadikan kulit lebih licin, terhidrat, dan berseri.
Selain berpeluang mencuba produk secara langsung, para pelajar juga dibekalkan dengan sampel percuma daripada KOSÉ serta produk kosmetik untuk dibawa pulang. Mereka turut berpeluang menikmati kopi HWC yang menambah keseronokan acara dan menerima baucar pembelian daripada jenama tersebut. Dengan pelbagai keistimewaan ini, pengalaman acara menjadi lebih bermakna dan memuaskan, memastikan setiap peserta merasa teruja dan gembira.
Perjalanan EH! Beauty Truck x KOSÉ di mulakan di Taylor’s Lakeside Campus, di mana pempengaruh digital terkenal, Shalma Aina dan Lelo Larcombe, hadir memeriahkan suasana dengan berkongsi tip dan trik sepanjang menjadi content creator. Acara ini kemudian berlanjut ke UCSI University, di mana Lelo Larcombe sekali lagi hadir untuk menambah kemeriahan melalui sesi interaktif berkongsi tip bersama pelajar-pelajar.
Di Limkokwing University, pempengaruh digital terkenal seperti Sofea Shra dan Adriana Adnan menambah kemeriahan acara dengan kehadiran mereka yang bukan sahaja membawa sentuhan gaya dan kecantikan yang mempesona, tetapi juga berinteraksi secara aktif dengan para pelajar, menjadikan suasana lebih meriah dan penuh energetic. Kehadiran mereka memberikan peluang kepada pelajar untuk berhubung secara langsung, menjadikan acara ini sebuah pengalaman yang benar-benar istimewa dan tidak terlupakan. Melalui sesi bergambar dan perbincangan yang menghiburkan, mereka berjaya menceriakan suasana dan menambah kegembiraan di wajah setiap pelajar yang hadir.
Perjalanan EH! Beauty Truck x KOSÉ Sekkisei diakhiri di SEGI Universiti, di mana Adriana Adnan dan Cik Manggis Hadir memeriahkan suasana, berinteraksi dengan para pelajar melalui sesi bergambar dan perkongsian pelbagai tip dan trik, memberikan peluang kepada pelajar untuk berhubung secara langsung. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang disediakan, suasana di SEGI Universiti menjadi lebih berwarna-warni dan penuh dengan kegembiraan, meninggalkan kenangan indah yang akan diingati oleh semua yang hadir.
Setiap lokasi tidak hanya menawarkan pelbagai aktiviti menarik, tetapi juga pengalaman yang unik! Aktiviti seperti “Spin the Wheel” memberi peluang kepada peserta untuk memenangi pelbagai hadiah menarik, manakala “Eksplorasi Kecantikan Bersama KOSÉ” membolehkan mereka mendalami dan memahami produk-produk KOSÉ dengan lebih dekat. Sesi “Pose! Di Muka Depan Terbaik EH!” memberi ruang kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam bergaya. Mesin Gashapon dan “Dapatkan Beg Kosmetik EH! 25” turut menjadi tarikan utama, memberikan pelajar kenangan manis dan eksklusif daripada acara yang penuh dengan kegembiraan ini.
Dengan kejayaan ini, kami teruja untuk terus menghadirkan pengalaman serupa di masa hadapan, menjadikan setiap acara lebih berharga. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan memeriahkan acara ini, menjadikannya satu pengalaman yang penuh dengan kegembiraan dan kenangan manis buat EH!
Artikel Berkaitan: Sambutan Meriah Sepanjang EH! Beauty Truck x YSL Dijalankan!