Masalah kulit wajah kering sering melanda dalam kalangan orang Asia. 4 produk istimewa ini bakal buat kulit lembap dan bersinar.
Anda pasti sudah bosan untuk mencari produk terbaik di pasaran hanya untuk menyelesaikan masalah kulit kering, breakout dan juga penuaan. Inilah yang sering kita hadapi saban hari, antara faktor penyumbangnya adalah kita berada dalam keadaan stress dengan sekeliling termasuklah pekerjaan.
Belum lagi jika amalkan pemakanan yang tidak seimbang juga membuatkan kulit anda terdedah dengan masalah pori tersumbat. Sempena sambutan National Hydration Day pada 23 Jun 2021. EH! Bariskan 4 produk krim pelembap wajah paling epik dan lindung kulit wajah dalam tempoh lama.
Artikel berkaitan Krim Pelembap Paling Epik!
FRESH Rose Deep Hydration
Krim muka Fresh Rose Deep Hydration ini punya kandungan formula Asid Hialuronik yang memberi kelembapan secara segera. Tambahan teknologi yang mengubah 3 element pelembap seperti acacia gum, algin dan serine. Setiap element ini cipta ruang mikro pada permukaan kulit wajah dalam proses kelembapan kulit. Rahsia kunci kulit lembap berpanjangan adalah terletak pada ekstrak Damask Rose. Yang dipetik secara manual daripada Rose Valley, Bulgaria. Hampir 200 kuntum bunga pelbagai spesis digubah bersama untuk membantu proses ekstrak. Keluaran baru ini gabungkan formula mood-boosting dengan tekstur krim lightweight dan cepat serap pada kulit wajah. Sudah tentu aroma bunga ros itu beri kesegaran berpanjangan. Beri kelembapan selama 72 jam ini adalah 3 kali ganda daripada krim terdahulu yang hanya beri kelembapan selama 24 jam.
-
FRESH Rose Deep HydrationRM210.00