Lelaki Omma
Perwatakan lelaki Korea sering disalah ertikan. Malah, ada juga berpendapat lelaki Korea kurang mengambil berat tentang keluarga dan lebih mementing diri sendiri. Sungguhpun percakapan dan perwatakan mereka agak kasar dan suka meninggikan suara apabila bergaul dengan orang lain, namun apabila bertemu dengan Omma atau ibu mereka pasti menjadi lain. Difahamkan, mereka akan berperangai sebaik mungkin dihadapan ibu masing-masing supaya apabila tiba waktu ibunya pergi untuk selamanya, ibunya boleh pergi dengan keadaan aman. Malah, lelaki Korea tidak boleh menolak setiap masakan yang dibuat oleh ibu kerana air tangan ibu adalah menu terbaik di dunia.