Lelaki Kimchi
Selain suka dengan minuman keras, lelaki Korea juga tidak boleh tinggal dengan makanan tradisi mereka iaitu Kimchi. Walaupun tidak semua lelaki Korea tahu membuat Kimchi, tapi sudah pasti, peti sejuk di rumah masing-masing mempunyai sekotak kimchi. Paling tidak pun, peti sejuk akan ada bau Kimchi. Kimchi ini pada kebiasaannya akan dikirimkan ibu dan akan dimakan bersama nasi putih atau ramen saja seandaianya mereka tidak ada masa untuk masak atau sebaliknya. Malah, walaupun ada menu lain diatas meja, mereka pasti akan mencari kimchi sebagai makanan penambah selera.