Aydy gabungan nama yang dibuat peminat antara penyanyi Ayda Jebat dengan ahli JJCC iaitu Eddy Oh. Nama ini terbit apabila Eddy pernah mengatakan Ayda mempunyai ciri lengkap wanita idaman dalam sesi temubual yang dilaksanakan team Korea Buzz pada 2017.
Selepas pengakuan Eddy, Ayda juga pernah mengakui tidak menolak atau tidak mengiyakan tentang Eddy yang memilihnya. Namun, kedua-dua artis ini bersetuju andai mereka disatukan dalam sebuah majlis bertemu peminat.
Oleh kerana ini, pelbagai usaha telah dijalankan untuk pertemukan mereka namun masih lagi belum berjaya kerana kedua-duanya masih lagi sibuk. Walaupun mereka bukanlah pasangan bercinta, namun ramai peminat mengatakan mereka sama padan. Atas sebab itulah jua, hashtag #AYDY pernah dilaksanakan.
Pada 28 April 2020, Ayda Jebat secara rasmi telah mengikat tali pertunangan dengan pengacara Nabil Mahir secara online. Perkhabaran gembira itu telah dimuat naik Ayda di laman instagramnya. Difahamkan, majlis pertunangan tersebut hanya dilakukan secara atas talian tanpa ada majlis besar-besaran. Ayda juga telah berkongsi sedikit momen indah tersebut dilaman peribadinya itu.
Mengetahui Ayda menjadi milik Nabil Mahir, Eddy tersenyum dan terus menyampaikan pesanan istimewa dan ringkas untuk Ayda.
“Hope you have a wonderful and beautiful life, may you be happy always and forever,” kata Eddy dengan ringkas.
Sungguhpun mereka belum pernah jumpa lagi dengan hanya mengikuti perkembangan menerusi akaun Instagram masing-masing, tapi persahabatan sebagai rakan artis Korea dan Malaysia telah terjalin.
Eddy turut menambah..
“Saya dapat tahu, majlis pertunangan awak dibuat secara online. Saya tahu, awak akan adakan majlis kahwin yang sangat indah..tapi bagi saya jika awak dapat mencari pasangan yang sempurna buat diri awak, kecil, besar atau perkahwinan dibuat secara online sekalipun, ia akan tetap menjadi indah.
“Saya doakan yang terbaik dan berharap awak sentiasa bahagia dan disayangi. Tahniah Ayda,” katanya.
Mungkin jua, Ayda boleh mengundang Eddy ke majlis perkahwinannya nanti. Semoga pertunangan Ayda kekal Bersama Nabil Mahir dan persahabatan dengan Eddy juga kekal.