Pendedahan di sosial media mengenai ramai lelaki Korea mempunyai rupa paras dan tubuh yang menawan menimbulkan tanda tanya mengenai rutin harian lelaki Korea yang bergelar Oppa. Menceritakan perihal itu, model dan personal trainer di Korea, Yoon Jung Hoon memberitahu keadaan di Korea sudah berubah mengikut permintaan.
Menurut Jung Hoon, kini lebih ramai lelaki dan wanita wajib menghabiskan masa lebih kurang selama sejam di pusat latihan kesihatan atau gym untuk mendapatkan bentuk tubuh yang menawan. Malah, faktor ini didorong lagi dengan keadaan sekeliling di Korea yang mementingkan penampilan dan fesyen. Ia juga salah satu cara untuk mengurangkan orang untuk mengambil pembedahan plastik untuk nampak kacak dan cantik.
Sementara itu, Jung Hoon yang turut mengajar orang ramai cara kesihatan yang baik menerusi laman Youtube peribadinya memberitahu bahawa di Korea terlalu banyak pusat kesihatan yang bagus. Namun jangan terpedaya dengan promosi yang di buat.
“Jika anda berminat untuk mencari tempat yang bagus untuk buat badan di Korea, saya cadangkan anda untuk ke Team Kis. Di sini adalah pusat ramai artis dan atlet Korea menghabiskan masa untuk kekal sihat dan seksi. Ia juga digelar Mekah untuk ahli bina badan di Korea,” ujarnya.
Dalam pada itu, jejaka kacak ini turut memberitahu, dengan mengunjungi pusat gym, ia merupakan salah satu cara terbaik untuk menghilangkan tekanan hidup. Tips ini adalah amalan yang dilakukan oleh Jung Hoon sendiri.
Menyentuh mengenai tuduhan yang mengatakan lelaki Korea gemar ke gym untuk melarikan diri dari tuduhan homo dan nampak feminin, Jung Hoon mempunyai alasan tersendiri.
“Saya rasa perkara ini tidak berlaku. Seperti yang saya sudah kongsikan sebelum ini, faktor dan keadaan semasa yang membuatkan lebih ramai orang Korea terutama sekali lelaki kerap ke gym. Malah, ia salah satu cara mereka mengisi masa lapang daripada menghabiskan masa dengan minum Soju saja,” kata Jung Hoon.
Dalam kamus harian figura seksi ini, setiap makanan ada kepentingannya sendiri. Walaupun ada ketika perlu berdiet untuk tubuh langsing dan seksi, tapi janganlah sampai tidak makan atau hanya makan ubat saja. Anda boleh makan apa saja yang anda mahu tapi harus tahu seimbangkan jumlah makanan tersebut.
“Tidak kiralah bentuk badan Bulk atau lean, kedua-duanya amat popular di Korea. Namun, lebih ramai lelaki Korea memilih bentuk badan lean iaitu kurus tetapi berotot. Tidak semua lelaki atau wanita single di Korea pilih ke Gym atas sebab status mereka. Tetapi bagi saya yang masih solo ini, saya lebih suka ke gym dari buat perkara lain.
“Kalau nak ikut cara makan saya, saya selalu amalkan makan Sweet Pumpkin, Sweet potato, bawang kuning, bawang putih dan minum air putih yang banyak. Makanan ini bantu anda hilangkan berat badan. Cubalah.
“Bukan sekadar jaga makan, anda juga perlu bersukan. Aktif dalam sukan boleh membantu anda hidup sihat. Namun, janganlah limitkan pada sukan saja. Banyak lagi aktiviti yang mengeluarkan peluh pergi disertai,” jelas Jung Hoon yang berminat ke Malaysia.