Gambar : Sumber Google
Pasangan selebriti kegemaran ramai, Rihanna dan Drake baru-baru ini dikatakan telah mengakhiri hubungan mereka setelah menjalinkan hubungan selama beberapa bulan. Mereka dikatakan semakin rapat setelah dirakam keluar parti bersama-sama malah sering kali mengadakan persembahan bersama-sama.
Menurut beberapa artikel juga, hubungan mereka lebih kepada ‘open relationship’ yang bermakna mereka menjalinkan perhubungan namun pada masa yang sama mengadakan hubungan dengan orang lain. Ada sumber yang mengatakan bahawa duo ini masih ada rasa sayang antara satu sama lain tetapi jadual mereka yang sibuk menjadi punca retakan hubungan mereka.
Drake yang sebelum ini pernah akui dia jatuh hati pada Rihanna dan umumkan perasaannya di Anugerah MTV Video Music 2016 Ogos lalu di hadapan umum.
“Dia seseorang yang saya cintai sejak saya berusia 22 tahun. Dia juga salah seorang teman baik saya di dalam dunia . Dia adalah lagenda yang masih hidup dalam industri ini.”
Walaubagaimana pun Drake juga dikatakan telah ‘move on’ kepada model India Love. Model berusia 19 tahun ini dikatakan menarik perhatian Drake dan mereka dirakam bersama di perlawanan Toronto Blue Jays baru-baru ini.
Rihanna pula memuatnaik post menarik di Instagram yang berbunyi ‘None of my exs are married or in happy relationships so it’s safe to say that I wasn’t da problem lol.’ Mungkin Rihanna cuba menyampai sesuatu di sini?
Rihanna dikatakan juga curang terhadap Drake dengan Cliff Dixon yang merupakan seorang pemain bola keranjang. Namun apa yang lebih menarik tentang drama ini ialah, Cliff merupakan bekas teman lelaki India Love dan mereka putus kerana Rihanna! Small world huh?