Tidak semua fashion icon berjaya mampu meninggalkan impak yang benar-benar kekal dalam budaya pop dan industri fesyen. Hanya segelintir yang benar-benar memberi impak luar biasa sehingga nama mereka diabadikan sebagai “It Bag”
Dalam dunia fesyen mewah, memiliki beg tangan yang dinamakan sempena diri sendiri boleh dianggap sebagai ultimate fashion achievement. Bukan sekadar aksesori biasa, ia menjadi simbol status, pengaruh dan legasi yang kekal relevan merentas generasi. Tidak hairanlah sesetengah rekaan terus menjadi buruan penggemar fesyen meskipun sudah puluhan tahun diperkenalkan.
Lebih menarik, ia bukan sahaja berjaya mendominasi trend semasa pelancarannya, malah terus dianggap timeless hingga hari ini. Rekaan klasik, nilai eksklusif dan aura wanita di sebalik namanya menjadikan setiap satu mempunyai karakter tersendiri. Ini dia senarai beg tangan mewah yang bukan sahaja ikonik, tetapi turut membawa legasi wanita hebat yang menginspirasikannya.
1. Hermès Birkin (Jane Birkin)
Mungkin beg paling terkenal dalam sejarah fesyen. Birkin lahir selepas Jane Birkin secara tidak sengaja bertemu CEO Hermès, Jean-Louis Dumas dalam penerbangan Paris-London pada tahun 1980-an. Selepas Jane mengadu sukar mencari beg yang praktikal tetapi masih stylish, Dumas terus melakar idea beg tersebut di dalam kapal terbang.

2. Hermès Kelly (Grace Kelly)
Sebelum dikenali sebagai Kelly, beg ini sebenarnya bernama Sac à Dépêches. Namun selepas Grace Kelly menggunakan beg tersebut untuk menutupi baby bump daripada paparazzi pada tahun 1956, imej itu menjadi sensasi dunia dan Hermès akhirnya menamakan semula sebagai Kelly Bag.

3. Dior Lady Dior (Princess Diana)
Antara beg paling elegan pernah dihasilkan. Beg ini asalnya dikenali sebagai Chouchou sebelum Princess Diana mula sering menggayakannya pada era 90-an selepas menerima hadiah tersebut daripada First Lady Perancis. Disebabkan hubungan kuat Diana dengan beg itu, Dior menukarkan namanya menjadi Lady Dior.

4. Gucci Jackie 1961 (Jacqueline Kennedy Onassis)
Beg hobo ikonik ini menjadi kegemaran Jackie Kennedy sekitar tahun 60-an. Paparazzi sering merakamnya membawa tas tersebut sehingga Gucci akhirnya menamakan semula rekaan itu sebagai Jackie.

5. Mulberry Alexa (Alexa Chung)
Era tumblr memang tidak boleh dipisahkan dengan nama Alexa Chung. Mulberry mengambil inspirasi daripada gaya cool-girl Alexa untuk menghasilkan Alexa bag yang menggabungkan elemen satchel dan briefcase. Beg ini terus menjadi simbol fesyen British 2010s.

6. Mulberry Del Rey (Lana Del Rey)
Ketika era kemuncak aesthetic tumblr, Lana Del Rey merupakan fashion muse terbesar ketika itu. Mulberry kemudian memperkenalkan Del Rey bag yang diinspirasikan daripada aura vintaj Hollywood dan glamor Lana. Very coquette before coquette was a thing!

7. Bottega Veneta Jodie (Jodie Foster)
Beg woven half-moon ini mendapat nama selepas Jodie Foster menggunakan tas Bottega ini untuk melindungi wajahnya daripada paparazzi. Foto tersebut menjadi sangat viral sehingga Bottega akhirnya menamakannya sebagai Jodie.

8. Saint Laurent Kaia (Kaia Gerber)
Saint Laurent pernah memperkenalkan Kaia bag yang diinspirasikan daripada model generasi baru, Kaia Gerber. Rekaan sleek dan minimal ini terus menjadi kegemaran fashion girls generasi hari ini.

9. Coach Selena Grace (Selena Gomez)
Coach pernah bekerjasama dengan Selena Gomez untuk menghasilkan Selena Grace bag lengkap dengan mesej tulisan tangan Selena di bahagian dalam. Cute, youthful dan sangat Gen Z approved!

10. Tod’s Di Bag (Princess Diana)
Ya, selain Lady Dior Princess Diana juga dikaitkan dengan Tod’s D Bag yang kemudian dikenali sebagai Di Bag. Princess Diana sering dilihat membawa beg ini pada era 90-an.

Artikel Berkaitan: Vivy Yusof Lancar Jenama Beg Tangan “Private Era”
