Kemenangan Donald Trump membuatkan ramai warga Amerika Syarikat mula panik.
Umum tahu yang mana proses undian yang dijalankan kini majoriti berpihak pada Trump dan ini sekaligus membuatkan ramai warga Amerika melayari portal rasmi imigresen Kanada untuk bertukar negara.
Portal tersebut dikatakan mula sesak dan tergendala pada hari ini. Ia mula berlaku pabila keputusan terkini proses undian diumumkan yang mana beberapa buah negeri di Amerika Syarikat termasuklah Michigan, Ohio Virgina dan Florida berpihak kepada penama Republican iaitu Trump.
Setelah itu, carian mengenai Kanada mula meningkat naik serta pencarian bagaimana untuk menjadi warganegara Kanada naik mendadak menerusi trafik Google.
Bahkan, menerusi laman web Business Insider, artikel yang bertajuk “How to move to Canada and become a Canadian citizen” menjadi popular hari ini. Ternyata yang warga Amerika sudah mula panik dengan masa depan mereka apabila Trump memegang jawatan presiden Amerika Syarikat.