Lima tahun lalu Adi Putra dilaporkan pernah memfailkan penceraian terhadap isteri pertamanya iaitu Aida Yusof, namun dikatakan ia ditarik semula.
Kali ini, Adi dikhabarkan memfailkan penceraian sekali lagi ke atas isterinya itu yang bertarikh 3 Mac lalu. Berita pemfailan cerai itu dikatakan telah dibuat di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur menurut sumber terdekat dengannya yang memaklumkan kepada mStar Online.
Berita tersebut masih lagi tidak dapat dipastikan kesahihannya memandangkan Adi kini berada di Mekah sedang menguruskan jemaah umrah di sana.
Adi dan isteri pertamanya berkahwin pada tahun 2006 dan tidak dikurniakan anak, namun mereka mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat iaitu Zara Adelia yang usianya sudah mencecah lima tahun.
Sebelum ini Adi pernah dilanda kontroversi pabila berita mengenai pernikahan rahsianya bersama seorang wanita yang bernama Norshahida Dzolkifly pada 20 Jun 2016.