Tidak hanya bersandarkan pada keunikan dan keindahan semata, Le Méridien Bali Jimbaran punya banyak lagi tarikan yang buatkan tetamu mahu kembali ke sini tatkala berlibur di destinasi percutian antarabangsa ini.
Bali yang turut tersenarai di dalam destinasi pilihan percutian ramai sememangnya menyimpan banyak khazanah untuk diteroka setiap kali menjejakkan kaki di kepulauan Indonesia ini.
Tidak kira dari segi restoran makan, kafe santai, tempat penginapan, segalanya sentiasa menerapkan ciri-ciri Bali itu sendiri biarpun ia serba moden dan terkini. Sememangnya Bali menjadi tumpuan pelancong dari pelbagai negara membangun termasuklah Australia, Amerika Syarikat dan Eropah.
Secara peribadi, saya amat suka berkunjung ke Bali. Dengan banyak tarikan yang boleh dikunjungi ternyata buatkan saya ingin kembali ke pulau ini berkali-kali. Bali nyata mempunyai ribuan tempat penginapan yang mempunyai keistimewaan tersendiri, tetapi Le Méridien Bali Jimbaran menjadi pilihan saya tatkala terbang ke sini.
Saya senaraikan 10 sebab kenapa anda patut menginap di hotel Le Méridien Bali Jimbaran.