Malam Anugerah Skrin 2017 telah berlangsung dengan jayanya menjadikan drama Pesan Dari Tuhan sebagai Drama Terbaik tahun ini, manakala filem Hanyut sebagai Filem Terbaik.
Drama berjudul Pesan Dari Tuhan (TV2) kali ini diangkat sebagai Drama Terbaik di ASK2017 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.
Dengan kemenangan tersebut, ia berjaya menandingi empat drama hebat yang lain iaitu Kapcai Ayah (TV9), Mak Tak Bagi Balik (TV3), Menantu Material (Hypptv), dan Terima Kasih Ramadan (TV3).
Pengarah drama ini yang diarahkan oleh Erma Fatima tidak pulang dengan trofi itu sahaja, malah juga menerima trofi Pengarah Terbaik Drama dan Lakon TV Terbaik.
Anugerah kategori Filem Terbaik di anugerah kali ini ia menjadi milik karya terbitan Tanah Licin yang berjudul Hanyut. Filem tersebut boleh dikatakan menang besar di ASK2017 kerana kemenangan beberapa kategori yang lain termasuklah Diana Danielle untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Khalid Salleh untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem, Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik Filem dan Filem Terbaik.
ASK2017 kali ini dihoskan oleh Jihan Muse, Fahrin Ahmad dan Shuk. Ketika acara tersebut berlangsung, penonton turut dapat menyaksikan persembahan daripada Akim & The Majistret, Haqiem Rusli, Issey, Abam dan Mark Adam, Stacy, Salam Musik, Nora Ariffin, Ayda Jebat, Hael Husaini, Zizan Razak dan Azira Shafinaz serta Black dan Jaclyn Victor.
Rancangan Majalah Terbaik : TV3 – Misi-K 2016 (Misi Kemanusiaan Pulau Cebu Filipina)
Rancangan Realiti Terbaik : TV3- Mentor Milenia 2017 Akhir
Pelakon Komedi Terbaik: Ellie Suriaty (Papa Sayang/ hyppTV)
Drama Komedi Terbaik: Budak Ijat (Radius One Sdn Bhd)
Lakon TV Terbaik : Pesan Dari Tuhan (TV2) – Saphire Screen Sdn.Bhd
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem): Diana Danielle (Hanyut)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem):Khalid Salleh (Hanyut)
Lakon Layar Terbaik : Hanyut (Uwei Hjsaari)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama): Azizan Mahzan (Terima Kasih Ramadan/TV3)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama): Remy Ishak (Pesan Dari Tuhan/TV2)
Pengarah Terbaik (Drama): Erma Fatima (Pesan Dari Tuhan/TV2)
Pengarah Terbaik (Filem): Uwei Shaari (Hanyut)
Pelakon Wanita Terbaik (Filem): Sangeeta Krishnasamy (Adiwiraku)
Pelakon Lelaki Terbaik (Filem): Khir Rahman (Rock Bro)
Pelakon Wanita Terbaik (Drama): Fasha Sandha (Terima Kasih Ramadan)
Pelakon Lelaki Terbaik (Drama): Hasnul Rahmat (Kapcai Untuk Ayah)
Drama Rantaian Terbaik: My Sweet Lavender (Orangetree Production Sdn Bhd)
Filem Terbaik: Hanyut
Drama Terbaik: Pesan Dari Tuhan