Buat pasangan suami isteri, permulaan yang dapat menghangatkan sesi intim di kamar adalah dari ciuman. Tetapi ada skil yang perlu anda kuasai supaya ia lebih seksi dan buatkan kalian berahi.
A steamy round of tongue tango can lead to great sex! Setuju? Bercumbu sebenarnya mempunyai pelbagai kelebihan lain.
Kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan stress dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Malangnya, kajian juga menunjukkan bahawa pasangan yang sudah lama berkahwin sering kali mengabaikan ciuman untuk jadi sebahagian daripada proses berdua-duaan.
Pakar menggalakkan untuk lebihkan ciuman bersama pasangan anda kerana ia amat penting untuk hubungan intim kalian.