Apa kebaikan jamu detox Rabeya Khatun?
Fenomena jamu detox kini semakin hangat diperkatakan di media sosial, terutamanya selepas influencer dan usahawan single mom, Rabeya Khatun, mencuri perhatian ramai dengan perkongsian minuman detox versinya.
Dengan jumlah pengikut mencecah 931.5K di TikTok, Rabeya dikenali kerana konsisten mengekalkan penurunan berat badan dan berjaya mencetuskan trend apabila videonya meraih lebih 7.3 juta tontonan.
Lebih menarik, resepi yang dikenali sebagai “detox tea with mother” ini turut menarik minat selebriti terkenal seperti Anzalna Nasir untuk mencubanya sendiri. Jadi, tidak hairanlah ramai mula tertanya-tanya tentang kelebihan jamu detox Rabeya Khatun yang kini semakin viral dan menjadi pilihan ramai yang ingin tampil lebih sihat dan langsing.
Ketahui kebaikan jamu detox resepi oleh Rabeya Khatun:

1. Bawang putih
Terkenal sebagai bahan semula jadi yang membantu meningkatkan sistem imun badan. Ia juga dipercayai menyokong proses detoksifikasi dengan membantu menyingkirkan bahan toksin dari dalam badan. Dalam masa yang sama, bawang putih turut membantu melancarkan peredaran darah, menjadikan tubuh terasa lebih ringan dan bertenaga.

2. Kunyit
Kunyit kaya dengan kurkumin bertindak sebagai agen anti-radang dan antioksidan yang kuat. Pengambilan kunyit secara konsisten sering dikaitkan dengan peningkatan metabolisme serta membantu mengurangkan keradangan dalaman, yang menjadi salah satu punca berat badan sukar turun. Ia juga baik untuk kesihatan kulit, menjadikan kulit tampak lebih berseri dari dalam.

3. Halia
Halia pula tidak asing lagi dalam dunia kesihatan, terutama dalam membantu sistem penghadaman. Ia membantu mengurangkan masalah kembung perut, angin, serta mempercepatkan proses pencernaan makanan. Halia juga memberi kesan “warming” pada badan, yang dipercayai membantu pembakaran kalori secara semula jadi.

4. Lemon
Gabungan dengan lemon menjadikan minuman ini lebih menyegarkan, di samping membekalkan vitamin C yang tinggi. Lemon membantu menyingkirkan toksin dalam badan serta menyokong fungsi hati, organ penting dalam proses detoks.

5. Kayu Manis
Kayu manis memainkan peranan penting dalam mengawal paras gula dalam darah. Ini sangat membantu bagi mereka yang ingin mengawal selera makan dan mengurangkan keinginan terhadap makanan manis. Apabila paras gula lebih stabil, ia secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.

6. Bunga Cengkih & Bunga Lawang
Bahan seperti bunga cengkih dan bunga lawang pula mungkin jarang diberi perhatian, namun kedua-duanya kaya dengan sifat antibakteria dan antioksidan. Ia membantu menjaga kesihatan dalaman, khususnya sistem penghadaman, serta memberi aroma yang menenangkan pada minuman detox ini, menjadikannya lebih mudah diamalkan setiap hari.

7. Apple Cider
Apple cider atau cuka epal sering menjadi bahan wajib dalam minuman detox moden. Ia terkenal kerana membantu meningkatkan metabolisme, mengawal selera makan serta menyokong keseimbangan pH badan.
Baca: Hyatt House Mont Kiara, Penginapan Santai Paling Convenience
