Vivy Yusof sekali lagi mencuri perhatian dengan pelancaran jenama baharu, Private Era, sebuah label beg tangan yang dilihat sebagai langkah seterusnya dalam evolusi personal branding beliau.
Dengan latar belakang sebagai salah seorang usahawan fesyen paling berpengaruh di Malaysia, dan sebagai figura yang telah lama membina empayar melalui platform seperti FashionValet dan dUCk Group, setiap langkah baharu beliau sentiasa menjadi perhatian industri dan pengikut setia.
Menariknya, pelancaran Private Era hadir pada waktu yang cukup signifikan dalam perjalanan kerjaya Vivy. Berdasarkan perkongsian di media sosial, jenama ini menandakan “launch week” yang penuh emosi dan refleksi, memberi gambaran bahawa ia bukan sekadar produk, tetapi satu fasa baharu yang lebih peribadi dan introspektif.
Apa Itu Private Era?
Walaupun maklumat rasmi masih terhad, Private Era difahamkan sebagai jenama beg tangan yang membawa pendekatan lebih minimal, refined dan dekat dengan identiti peribadi Vivy sendiri. Berbeza dengan jenama sebelumnya yang lebih komersial dan mass market, Private Era dilihat sebagai refleksi gaya yang lebih matang less noise, more intention.
Nama “Private Era” sendiri memberi bayangan kepada satu era yang lebih eksklusif, lebih intimate, dan mungkin lebih fokus kepada craftsmanship serta storytelling di sebalik setiap rekaan.
Evolusi Dari Platform ke Personal Brand
Sejak menubuhkan Fashion Valet pada tahun 2010 bersama suaminya, Vivy telah membina reputasi sebagai antara pelopor e-dagang fesyen di Malaysia, dengan ratusan jenama tempatan di bawah satu platform. Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, fokus beliau beralih kepada jenama sendiri termasuk dUCk dan LILIT yang lebih mencerminkan identiti peribadi. Private Era kini muncul sebagai kesinambungan perjalanan itu dari membina platform untuk orang lain, kepada mencipta naratif yang lebih dekat dengan dirinya sendiri.
Akses Eksklusif
Menariknya, Private Era tidak mengikuti model pembelian biasa. Buat masa ini, akses hanya diberikan kepada pelanggan yang mendaftar melalui laman rasmi mereka. Setiap pelanggan tidak akan terus mendapat akses sebaliknya, apabila sesuatu rekaan tersedia untuk anda, satu link eksklusif akan dihantar terus ke email. Jemputan ini pula diberikan secara berperingkat dan hadir dengan tempoh masa tertentu.
Jika tidak digunakan dalam tempoh tersebut, akses itu akan diberikan kepada individu seterusnya dalam senarai menunggu. Pendekatan ini bukan sahaja mencipta rasa eksklusiviti, tetapi juga menjadikan setiap pembelian terasa lebih peribadi dan by invitation only.
Artikel Berkaitan: Intai 5 Koleksi Tas Tangan Mewah Datin Vivy Yusof



