Kim Kardashian West sememangnya cukup terkenal dengan berkongsi gambar tanpa seutas benang sekalipun, tetapi kali ini seakan dirinya di banjiri kritikan ramai dek kerana gambarnya yang menampakkan separuh badannya telah diambil oleh anaknya sendiri iaitu, North.
https://www.instagram.com/p/Be8V9RCFmMy/?taken-by=kimkardashian
Sekali lagi mogul rambut ini mencetus kontroversi selepas memuat naik sekeping gambarnya separuh bogel di dalam akaun Instagram miliknya semalam yang diambil oleh anaknya sendiri yang baru berusia 4 tahun, North West.
Gambar tersebut menunjukkan yang bintang Keeping Up With the Kardashians itu berdiri menghadap sebuah cermin sambil menutup payudaranya dengan hanya menggunakan tangan. Bayangan North terlihat di hadapan cermin tersebut di sebalik pantulan cahaya kamera tersebut.
Bahkan, Kim sendiri menulis kapsyen gambar tersebut berbunyi, “[Photo] by North.” Menerusi gambar tersebut, dilihat yang mana rambut Kim pada ketika itu berona brunette, jadi ia berkemungkinan sekeping gambar throwback dek kerana kini dia membawa imej berambut platinum lock sejak beberapa bulan lalu.
Biarpun gambar tersebut diambil pada beberapa ketika lalu, ramai pengikut Kardashian di Instagram yang kini sudah mencecah 170 juta pengikut yang seakan tidak dapat menerima tindakan bintang itu. Ada di antaranya menghantar komen berserta #parentingfail. Namun, ada juga yang memberikan respon positif. Kardashian masih belum memberikan sebarang maklum balas terhadap komen-komen negatif pengikutnya di Instagram.