Dunia kecantikan di Korea sememangnya menjadi ikutan bukan saja masyarakat Asia tetapi turut menjadi ikutan beberapa negara barat. Jadi tidak hairanlah Korea Selatan dikenali sebagai pusat kecantikan dunia. Oleh itu, orang Korea sememangnya berani untuk nampak cantik, bergaya dan lain dari biasa.
Walaupun pembedahan plastik sudah menjadi sinonim bagi masyarakat di Korea, kini gaya mempunyai tatu semakin menjadi ikutan. Salah satu sebabnya adalah dek kerana ramai selebriti Korea tampil berani dengan menayang tatu yang ada dianggota badan mereka. Antara selebriti Korea yang dikenali dengan tatu adalah Jay Park, HyunA, Zico, G Dragon, Hyorin, B.I Ikon dan ramai lagi.
Bagaimanapaun, cara orang Korea bertatu sedikit berlainan dengan orang barat yang mana corak atau seni tatu yang dihasilkan jauh lebih ringkas. Apa sekalipun, orang Korea telah maju ke depan dalam seni tatu dengan menggunakannya sebagai alat untuk nampak lebih cantik, bergaya, maskulin dan seksi.
Berkongsi tentang hasil seni tatu orang Korea, EH! KOREA BUZZ kongsi 10 bahagian popular untuk orang Korea meletakkan tatu. Diharap dengan perkongsian ini, anda tidak lagi berasa pelik melihat ramai orang Korea terutama sekali anak muda mempunyai tatu dibahagian tersebut.