Ini merupakan kali pertama gadis berhijab berdarah Melayu Malaysia yang berjaya memasuki pusingan akhir di Miss Universe New Zealand. Berjaya memecah rekod, Nurul Shamsul berbangga kerana menjadi gadis Melayu pertama yang berjaya sehingga ke peringkat itu.
Meskipun dia bukan wanita berhijab pertama yang memasuki pertandingan Miss Universe ini, namun Nurul Shamsul berjaya melakar sejarah pabila menjadi wanita Melayu pertama yang memasuki pusingan akhir pertandingan itu.
Pelajar yang menetap di New Zealand berusia 20 tahun yang mana merupakan berketurunan Malaysia dan Indonesia ini sempat memuat naik menulis di akaun Instagramnya pada bulan lalu yang mana menyatakan rasa gembiranya pabila diumumkan berjaya memasuki peringkat akhir Miss Universe New Zealand.
Tambahnya, “Sebagai seorang gadis berhijab, saya menjadi yang pertama di New Zealand yang berjaya sampai di peringkat akhir dan antara yang pertama di dalam dunia berjaya melakukannya. Saya harap dengan peluang ini dapat memecahkan sempadan dan stereotaip.
Nurul telah dilahir dan dibesarkan di New Zealand kini menyambung pelajaran di University of Waikato di bahagian North Island negara itu. Biarpun sudah lama berada di sana, Nurul tidak pernah melupakan akar umbinya yang mana dia ada memuat naik satu entri yang memaparkan gambar dirinya bersama teman berserta bendera Malaysia dengan kapsyen “Ia amat penting untuk kita sentiasa tahu siapa kita dan dari mana asalnya kita. Be proud off that you are.”
Pusingan akhir Miss Universe New Zealand bakal berlangsung pada 4 Ogos depan.