Ungkapan yang paling sinonim dengan situasi ini adalah ‘jangan pandang sebelah mata akan kebolehan seseorang dalam mengerjakan sesuatu’.
Bintang realiti terkenal dunia ini memulakan perantisan dengan sebuah firma undang-undang California pada musim panas tahu lalu untuk empat tahun dan merancang untuk mengambil peperiksaan ‘baby bar’.
Kim dikatakan sedang mempelajari untuk menjadi seorang peguam jenayah keadilan dan merancang untuk mengambil peperiksaan pada tahun 2022.
Ketika Kim memulakan perantisan tersebut, dia juga turut memainkan satu watak ketika pembebasan seorang banduan, Alice Marie Johnson. Wanita berusia 63 tahun itu telah dipenjarakan atas kesalahan non-violent drug sejak tahun 1996 dan Kim dikatakan telah berjumpa dengan Donald Trump di White House untuk mendebatkan perihal kes wanita tersebut. Presiden Amerika Syarikat itu akhirnya memberikan pengampunan kepada Johnson.
Seperti di atas undang-undang yang telah menegaskan, Kardashian West sedang belajar untuk menjadi peguam, tetapi tidak menghadiri sebarang sekolah undang-undang, meskipun Kanye West sebelum ini pernah mengatakan yang isterinya itu adalah: “California adalah salah satu dari beberapa negara yang membolehkan orang untuk mengambil bar tanpa kuliah atau ijazah sekolah undang-undang. ”
“Saya perlu berfikir panjang dan sedalam-dalamnya akan perkara ini,” katanya pabila menceburi karier undang-undang.
“The White House called me to advise to help change the system of clemency and I’m sitting in the Roosevelt Room with, like, a judge who had sentenced criminals and a lot of really powerful people and I just sat there, like, ‘Oh, shit. I need to know more. I would say what I had to say, about the human side and why this is so unfair. But I had attorneys with me who could back that up with all the facts of the case. It’s never one person who gets things done; it’s always a collective of people, and I’ve always known my role, but I just felt like I wanted to be able to fight for people who have paid their dues to society. I just felt like the system could be so different, and I wanted to fight to fix it, and if I knew more, I could do more.”
Minat Kim terhadap bidang undang-undang boleh dilihat pabila dia mengikuti langkah bapanya, Robert Kardashian, yang mana seorang ahli pertahanan OJ Simpson.
“Pada hujung minggu, mereka menggunakan kediaman kami menjadi sebuah pejabat bersama Johnnie Cochran dan Bob Shapiro. Bapa saya mempunyai sebuah perpustakaan dan pabila saya menekan satu bahagian dinding ini akan terbuka sebuah pintu untuk memasuki sebuah bilik tersorok, dengan semua buku bukti akan OJ. Pada hujung minggu saya selalu akan secara senyap-senyap menyelinap masuk ke bilik rahsia itu. Saya seakan forensik.”
Kim kini dimentorkan oleh dua peguam iaitu Jessica Jackson dan Erin Haney, yang membantu lognya yang mana memerlukan dia untuk duduk belajar selama 18 jam seminggu.
Pada musim panas nanti, Kim bakal mengambil ujian yang dipanggil ‘baby bar’ yang ditadbir oleh kawasan California dan jika dia berjaya melepasinya, dia akan dibenarkan untuk menyambung pembelajaran selama tiga tahun lagi.
“Tahun pertama dalam sekolah undang-undang, anda perlu menghabiskan tiga subjek iaitu undang-undang jenayah, torts dan kontrak. Bagi saya, torts adalah yang paling mengelirukan, kontrak adalah yang paling boring dan undang-undang jenayah pula boleh buatkan saya mengantuk. Saya sudah mengambil ujian pertama, saya berjaya mendapat markah 100. Agak mudah bagi saya. Apa yang saya baca dan belajar selama ini itulah yang saya dapat. Ia hanya perlukan masa. Konsep yang saya perlu ambil adalah hanya dua saat.”