Teks, konsep dan arahan : Razin Mohd
Seperti gadis Parisi, pengembaraan ke destinasi percutian dibawa dalam jiwa yang bebas bersama padanan gaya yang selesa juga trendy. Azira Shafinaz tidak kurang hebatnya dalam menterjemah gaya jalanan yang bebas dan #FREELIKEABIRD.
Tidak kisahlah percutian di kota atau di pantai, helaian yang dibawa harus tampak trendy bersama aksesori yang sepadan. Buat koleksi musim panas 2019 ini ELLE ketengahlan tema #ELLELikeABird tetapi dari perspektif yang berbeza, helaiannya kali ini tampil lebih ringan, lebih mesra digayakan untuk percutian dan semestinya chic dan fun.