Buat pertama kalinya aktor popular ini membuat pengisytiharan pertamanya terhadap bekas isterinya sebagai sebahagian daripada tuntutan fitnah USD50 juta terhadapnya.
Aktor filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald berusia 55 tahun ini menyampaikan satu kenyataan yang memberikan rekening pertamanya tentang hubungannya dengan aktres Aquaman, pada Isnin menerusi dokumen mahkamah yang diterima oleh PEOPLE.
“Saya telah menolak segala dakwaan Ms.Heard setegasnya sejak pertama kali dia melakukannya pada Mei 2016 ketika dia memasuki mahkamah untuk mendapatkan perintah penahanan sementara dengan kesan lebam yang dilukis sendiri yang mana barisan saksi dan video-video rakaman pengawasan menunjukkan yang dia tidak memilikinya pada setiap hari minggu sebelumnya,” ujar Depp.
“Saya akan terus menafikannya untuk seumur hidup saya.”
“Saya tidak pernah mendera Ms. Heard atau mana-mana wanita sekali pun,” tambahnya.
Sementara Depp menafikan akan dakwaan dera terhadap Heard, dia mengaku di dalam pengisytiharannya yang mana dia telah menjadi mangsa dera yang dirancang oleh Heard.
“Dia adalah pelaku keganasan, dan saya adalah mangsanya,” dakwa Depp.
“Dengan mencampurkan amphetamine preskripsi dan dadah tanpa preskripsi bersama alkohol, Ms. Heard melakukan keganasan rumah tangga yang tak terhitung jumlahnya terhadap saya, selalu di hadapan saksi orang-ketiga, yang mana sesetengahnya sangat membahayakan diri saya.”
Walaubagaimanapun peguam kepada Heard, Eric George menolak dakwaan terhadap aktres tersebut dengan mengatakan di dalam kenyataan yang diperoleh PEOPLE, “Bukti akan kes ini telah didapati dengan jelas: Johnny Depp telah memukul Amber Heard berulang kali.”
“Peningkatan percubaan terdesak oleh Mr.Depp dan pendukungnya untuk menghidupkan semula kerjayanya dengan memulakan litigasi yang tidak berasas terhadap begitu ramai orang yang pernah dekat dengannya termasuklah bekas peguamnya, bekas pengurus, dan bekas isterinya – sangat tidak berakal.”
George menyambung, “Memandangkan kerja penting yang dilakukan oleh pergerakan #TimesUp yang menonjolkan taktik yang digunakan oleh pendera untuk terus menyakiti mangsa, baik komuniti kreatif mahupun orang awam akan terperangkap dengan teori konspirasi yang tidak berasas oleh Mr. Depp.”
Di dalam pengisytiharannya, Depp mendakwa Heard “memukul, menumbuk dan menendangnya” dengan menambah, “Dia juga telah berkali-kali dan sering kali membaling objek ke arah tubuh saya dan kepala, termasuklah botol berat, tin soda, lilin dengan api menyala, alat kawalan jauh TV, dan tin thinner cat, yang mana telah menyebabkan kecederaan teruk ke atas saya.”
Dalam satu kes, Depp mendakwa dia telah meminta Heard menandatangani perjanjian post-nuptial selepas kedua-duanya berkahwin pada tahun 2015.
“Dia mula menggila dan membaling botol-botol ke arah saya,” dakwaan Depp.
“Botol pertama lolos hampir dengan kepala saya, tetapi kemudian dia membaling sebotol vodka yang bersaiz besar ke arah saya.”
Aktor itu mengatakan yang botol tersebut tercampak di atas countertop dapur di mana dia meletakkan tangannya dan menyebabkan jarinya hancur, yang mana menyebabkan hujung jarinya putus.
“Saya terpaksa menjalani 3 pembedahan untuk membina semula jari saya dan berhadapan dengan jangkitan MRSA sebanyak tiga kali,” katanya.
“Saya takut yang mana saya boleh kehilangan kekal jari saya, tangan saya dan hidup saya.”
Namun sebelum ini Heard pernah mengatakan yang mana Depp telah memotong jarinya sendiri atas sebab menuduh Heard telah berlaku curang terhadapnya bersama seorang lelaki dikenali dengan nama Billy Bob yang mana Depp tulis ke atas dinding dan cermin dengan campuran darah dan cat biru sekaligus dengan ayat “easy Amber”.
Pergaduhan teruk di antara mereka berlaku di sebuah villa yang mereka inap di Australia. Heard turut mengatakan yang mana pada ketika itu Depp dalam keadaan sangat mabuk dan high dengan penggunaan kokain. Depp dikatakan telah memotong hujung jarinya selepas memecahkan sebotol kaca dan cermin, menghiris jarinya di salah satu bingkai kaca yang pecah.
Pada tahun 2016, Depp menyatakan yang dia mahu bercerai dengan Heard selepas satu insiden di mana dia menemui najis di atas katilnya.
“Selepas saya menjauhkan diri saya dari kehadiran Ms. Heard di dalam penthouse pada April 21, 2016, pagi keesokannya Ms. Heard atau salah seorang temannya telah membuang air besar di dalam bilik tidur saya seakan menjadikannya sebagai satu sick prank sebelum mereka bertolak ke Coachella,” katanya.
Depp mendakwa Heard akui kepada pengurus estetnya “yang mana najis tersebut adalah sebagai satu harmless prank.”
Setakat ini masih tidak pasti akan kebenaran di sebalik kontroversi kes penceraian di antara Johnny Depp dan Amber Heard.