Bebas tanpa kulit kusam, Biotherm mahu anda capai keserian kulit wajah seperti kulit dilahirkan semula dengan satu esen dalam botol serba biru yang bertindak pantas dan berkesan.
Dalam kita sering mengejar kesempurnaan, kita masih tidak boleh lari dari tekanan, pencemaran, dan keletihan untuk terus menggangu kehidupan seharian, terutamanya buat gadis berkerjaya atau ‘super mom’ hari ini yang sering tekejar-kejar masa and always on the go! Tetapi bagaimana jika anda boleh mengembalikan kesihatan dan keserian kulit tidak kira apa sahaja masalah yang dihadapi?
Pada tahun 2014, Biotherm telah melancarkan satu produk kecantikan ikonik Life Plankton™ Essence dengan kandungan kepekatan Plankton tertinggi yang sudah terbukti baik dalam membantu merawat sel kulit wajah. Setelah berjaya memperoleh penjualan dan maklum balas yang baik, Biotherm memanjangkan lagi rangkaiannya dengan satu esen baharu yang dikenali sebagai Life Plankton™ Clear Essence, kini ia tampil dengan rumusan yang berinovatif dan lebih bermanfaat. Antara manfaat baru yang dibekalkan di dalam bekas kaca serba biru ini adalah 5% nilai kepekatan Plankton™ bagi membantu menjana semula sel kulit supaya tampil lebih cerah dan sihat, ia juga turut memiliki ejen pengelupasan mikro yang boleh membantu menghapuskan kekusaman dan sel kulit mati supaya kulit tampil lebih lembut dan baharu. Life Plankton™ Clear Essence ini juga turut hadir dengan tekstur yang ringan dan aplikasinya pada wajah memberi penyerapan yang pantas dan menyegarkan.
Dalam aplikasi selama lapan hari, kulit anda bakal merasai perubahannya, ia akan tampil lebih bersinar tetapi tidak berminyak, pori pula kelihatan lebih mengecil dan keseluruhan struktur kulit tampil lebih anjal dan gebu. Tidak kiralah berapa usia kulit atau apa jua warna kulit yang anda miliki, Biotherm mahu anda terokai keajaibannya dengan #8DaysToBelieve.
EH! telah menjalankan kajian ke atas 40 pembaca setia dalam mencari keberkesanan dan kehebatan Life Plankton™ Clear Essence dan menyatukan data tentang kesan penggunaanya dari segi kecerahan, keanjalan, kelembapan, kelembutan, kesan buat kulit sensetif, warna kulit yang lebih sekata, dan kebaikan dalam mengecilkan pori.
Untuk ketahui lebih lanjut, kunjungi butik kecantikan Biotherm berhampiran anda untuk mendapatkan sesi pemeriksaan kulit secara percuma dan sampel produk untuk dicuba! (klik di sini untuk ketahui lokasi butik kecantikan Biotherm)