Sambutan Hari Natal dan tahun baru bakal kunjung tiba dan EH! amat teruja untuk kongsikan khabar baharu berkenaan koleksi aksesori bergemerlapan terbaru Michael Kors. Kali ini setiap koleksi yang diketengahkan tampil lebih eksklusif, lebih refined dan semestinya memberi pesona gaya yang lebih anggun. Buat koleksi Holiday 2019, jenama fesyen Amerika Syarikat ini menyajikan seleksi jam tangan pintar dengan fungsi Google Wear OS, barangan perhiasan serba emas dan jam tangan klasik bersama perincian batu permata yang bergemerlapan untuk menyempurnakan gaya musim percutian, juga ideal dijadikan hadiah hujung tahun.
Micheal Kors Acess MKGO dan Lexington 2 Baharu
Bukan satu tetapi dua jam tangan pintar yang diketengahkan buat koleksi musim percutian ini dan kedua-duanya tampil dengan reka bentuk berbeza yang semestinya idea buat personaliti wanita masa kini. Jam pintar Lexington 2 tampil dengan rekaan lebih glamor bersama 44mm saiz bingkai dengan kemasan emas dan perak manakala Micheal Kors Access MKGO pula tampil dengan 43mm saiz bingkai dengan ciri-ciri tahan lasak bersama tali silikon bersama pelbagai warna untuk dimiliki.
Kedua-dua koleksi baharu ini lengkap bersama sistem Wear OS by Google dimana dengan sistem baharu ini anda boleh menjejaki matlamat aktiviti yang ditetapkan terutamanya semasa mengunakannya buat aktiviti sukan (Google Fit), atau untuk mencatat kadar degupan jantung. Sesuai buat kedua-dua pengguna Iphone dan Android, sistem ini juga membolehkan anda untuk berkomunikasi dengannya menerusi Google Assistant untuk ketahui cuaca, jadual dan sebagainya, anda juga boleh mengawal lagu kegemaran anda melalui aplikasi Spotify. Michael Kors Access MKGO juga hadir dengan rekaan edisi khas bersama perincian gemerlapan batu permata Swarovski sempena hari Natal tahun ini!
Koleksi Jam Tangan Holiday 2019
Bukan sahaja jam tangan pintar, jam tangan klasik juga menjadi highlight buat koleksi musim percutian ini. Setiap jam yang dihasilkan tampil dengan rekaan yang berbeza-beza dan kesemuanya tampil dengan warna, identiti dan keunikan yang tersendiri. Lebih dari 20 pilihan buat lelaki dan wanita untuk dijadikan sebagai penghias diri atau bingkisan buat musim perayaan ini. Setiap dari jam tangan yang dihasilkan bersama dengan bahan aluminium ringan dan ada juga darinya yang disempurnakan bersama perincian batu Swarovski. Kesemua koleksi ini diilhamkan dari koleksi Michael Kors ready-to-wear yang sememangnya cool dan sleek!
Aksesori Perhiasan Mewah Holiday 2019
Mahu kenali lebih dekat dengan pesonaliti si pemakai, Michael Kors juga turut mengetengahkan barangan perhiasan yang mewah bersama rekaan yang terperinci, ada yang mengikut simbol zodiak dan ada juga dalam reka bentuk hati yang klasik dan semestinya versatil. Pilihan warnanya kali ini lebih bold dan rekaan loket yang berkilauan. Sama ada untuk digayakan semasa musim percutian atau dijadikan hadiah buat yang tersayang, koleksi perhiasan musim percutian ini antara item fesyen yang wajib untuk dimiliki.