GAMBAR : ROBIN YONG/ PENYELARAS, PENATA GAYA & TEKS : JULIA AZMAN / ARAHAN SENI : YANTIE BASHARUDIN / SOLEKAN : EMMY AGUNG / DANDANAN : ERIC KOH – E.EX HAIR SALON & ACADEMY MENGGUNAKAN SHISEIDO PROFESSIONAL
Apakah stail peribadi anda?
Saya bukan seorang yang gemar bereksperimentasi, lebih suka kekalkan gaya itu kepada timeless dan elegan. Tidak lupa juga saya selesa dengan gaya kasual dan sporty.
Siapakah pereka fesyen pilihan anda?
Jika lokal, saya memilih Alia Bastamam! Rekaannya sangat mencerminkan diri saya, kerana sentuhannya timeless dan elegan. Untuk antarabangsa, saya amat sukakan himpunan Saint Laurent.
Helaian pilihan anda untuk musim bunga?
Sudah tentu dresses! Setiap himpunan oleh pereka terkenal seluruh dunia yang tampilkan helaian gaun, pasti menjadi kegilaan saya.
Akaun Instagram paling kerap anda ‘stalk’?
Jika ingin saya pilih mengikut personaliti, saya memilih Marion Counter dan Kate Middleton. Mereka punya citarasa tersendiri dalam setiap gaya dalam berfesyen.
Apakah gaya jalanan signature anda?
Baju polos putih atau blaus dan jaket oversized. Tidak lupa juga helaian denim. Sudah lengkap gaya signature saya.
Apakah gaya jalanan signature anda?
Baju polos putih atau blaus dan jaket oversized. Tidak lupa juga helaian denim. Sudah lengkap gaya signature saya.
Apakah momen terbaik sepanjang karier anda?
Memenangi ‘Best Actress’ di Eropah ibarat my dreams came true dan juga membintangi beberapa drama dan filem. Harapnya perjalanan sebagai seorang pelakon semakin bersinar.
Apakah helaian kegemaran dalam gerobok anda?
Jaket! Kesemua jaket yang ada dan tidak lupa juga helaian Gucci saya.
Apakah trend kegemaran pilihan anda?
Saya tiada trend fesyen pilihan. Untuk diri saya semuanya sama dan tiada perubahan. Kadang-kadang saya akan tampil playful atau funky. Tetapi itu bagaikan my rare occasion.